Posts

Showing posts from 2007

Kekejaman

Image
SUFYAN ATSAURI BERKATA:"SEPULUH MACAM DARIPADA KEKEJAMAN IALAH: 1.Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin. 2.Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat. 3.Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat 4.Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur. 5.Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah. 6.Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya. 7.Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu. 8.Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang. 9.Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan. 10.Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu. BUSH paling JAHAT!!! taqie.bloGSpot.Ganu

Orang Bodoh VS Orang Cerdik

Image
ANDA TERGOLONG DALAM KUMPULAN MANA? Orang bodoh = pakai credit card sampai maximum pas tu takleh bayar (berlagak macam org banyak duit!) Orang pandai = pakai credit card tapi orang lain bayarkan (pakai kad klon la tu!) Orang bodoh = ada motor tapi gi kerja nak naik LRT jugak (kes suka 'bergesel'la ni) Orang pandai = takde motor, takde kereta, takde LRT tapi ada otak (kes suka numpang kereta or motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak!) Orang bodoh = company dah sediakan nescafe, milo, biskut bla bla bla tapi gi minum gak kat cafeteria kena bayar plak tu Orang pandai = tak minum kat cafeteria tapi company punya nescafe, milo, biskut bla bla bla angkut bawak balik !!!! Orang bodoh = beli suratkhabar sebab nak tengok nombor ekorje pas tu buang. Orang pandai = orang yg tunggu org bodoh buang pas tu dia kutip..dapat baca semua sekali wo Orang bodoh = kentut kuat?kat office pas tu bangga ngan baunya Orang pandai = kentut senyap sunyi (takde bunyi) baunya... boleh buat u

FrenZ???

Image
HAYATILAH ERTI SEBENAR PERSAHABATAN Kita selalu dengar kata2 “Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda tersebut. Jika anda bermusuh dgn sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian” . Nyata teman merupakn insan yg amat istimewa dlm kehidupan sesorang termasuk aku. Semua org tahu bhw teman dpt diklasifikasikan sbg sesuatu nilai yg sukar utk ditemui berbanding nilai wang ringgit. Perasaan bangga tdk dpt digambarkan dgn anya sahabat yg sukar dicari ganti. Bgitulah kenangan aku dgn kwn2. Gelaran ‘geng ghima’ sinonim dgn hubungan baik, itu lah realitinya... yuk, peja, azida, pau, ben, azirul, kub, wady, n nick, members terdekat aku n ramai yg aku kenal seperti jali, hashim, ikmal, kana, dustan, vivian n ramai lgi. Teman... "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" (Saidina Ali). Cik Ja – sorang insan yg amat istimewa krn tdk memilih bulu dlm bersahabat. Panas baran n tdk saba

SMK Dr Burhanuddin, Taiping

Image
Sekolah Menengah Kebangsaan Dr Burhanuddin dlm ingatan! Menurut Prof Syed Muhamad Al-Naqiub, “ilmu membawa erti kepada kebenaran yang tiba ke dalam rohani manusia”. Dimana manusia mendapat ilmu? Persoalan timbul berikutan sumber ilmu adalah pelbagai. Ilmu juga boleh diperolehi di kelab-kelab malam, rumah-rumah urut, mendalami sihir dan perkara-perkara yg terlarang. Dalam konteks dunia kini, ilmu diperolehi di sekolah-sekolah atau tempat pengajian tinggi. Mendapat ilmu di rumah tok guru yang mengajar al-Quran juga adalah menuntut ilmu, namun ilmu dewasa kini lebih terarah mendapat ilmu di sekolah yang lebih formal. Menuntut ilmu di sekolah bagi aku sebagai seorang guru pelatih di Sekolah Menengah Kebangsaan Dr Burhanuddin, Taiping amat bermakna. Pengalaman mendapat ilmu iaitu bagaimana kaedah mengajar yg berkesan didalami oleh aku daripada guru-guru di SMKDB. Mereka bukan sahaja guru kepada pelajar-pelajar SMKDB, namun kepada aku dan guru-guru pelatih. Diucapkan terima kasih kepada sem

Pelakon Tang Kiut...

DRAMA PENDEK- PENYELIDIK Kenangan melakonkan drama pendek untuk set induksi pelajaran tingkatan 2 bertajuk BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA... Tajuk: Penyelidik Tajuk di You Tub: Pelakon Tang Kiut Lokasi: Tasik Proton City, Tanjung Malim, Perak, Malaysia Penyelidik: Mohd Ya'akub Ismail Tukang Kebun: Wan Azrul Izwady Wan Hamat Pemuda 1: Nik Mohd Nazrul Nik Husin @ Nik Mahmud Pemuda 2: Muhammad Taqiyuddin Ahmad Perkara yg menarik dlm hidup aku jalankan...ha..ha..mula2 stress jgk nk buat, tp lama2 seronok jgk...semua ni gara2 nk dpt tinggi markah assigment...kami dh janji nk buat yg terbaik sem ni, sem lepas kantoi skit...ha..ha.. apa yg lebih seronok, tk de lg group buat video, kami yg terbaik... nick, taqie, wady n kub Geng Ghima Otai! (GGO)... taqie.bloGSpot.Ganu

Melayu

Image
WARDAH PERJUNGAN BANGSA MELAYU Mengikut falsafah masyarakat Jepun, The best is yet to come adalah formula yang telah diterap dan diguna pakai sehingga mereka melahirkan bangsa yang paling maju di dunia kini. Konsep tersebut harus menjadi asas kepada kekuatan dalam membina bangsa Melayu yang kukuh untuk menghadapi situasi meritokrasi iaitu siapa yang the best , mereka akan disanjungi. Masyarakat Melayu harus keluar dari kepompong dan institusi kejumukan bagi menyaingi bangsa yang terdekat dan lingkungannya. Kita tidak boleh menghadkan perhatian kita hanya pada satu tamadun atau zaman sahaja. (Dr Syed Hussein Alattas, 2006). Kita harus menerima cabaran yang sentiasa mendatang dan yang juga berubah-ubah. Ia sesuai dengan ucapan Dr Mahathir Mohamad “Malaysia pada asasnya adalah sebuah negara yang pragmatik. Kita tidak mempunyai ideologi. Kita sanggup menerima apa juga sistem, apa sahaja pendekatan yang akan menguntungkan Malaysia. Pada satu ketika dulu kita benar-benar

Tuanku Mizan Zainal Abidin

Image
DAULAT TUANKU! Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 dalam upacara penuh adat istiadat Raja-raja Melayu di Balairong Seri, Istana Negara pada 26 hb April 2007. "Bismillahirrahmannirrahim, Beta Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafil Billah Shah bersyukur ke hadrat Allah Subahanahu Wata'ala kerana dengan izinNya, Beta telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Dengan ini, Beta akan menjalankan seadil-adilnya pemerintahan bagi Malaysia mengikut undang-undang dan Perlembanggan Negara, serta memelihara dengan sempurna setiap masa, agama Islam, dan berdiri teguh diatas pemerintahan yang adil dan aman dalam negara." Tuanku Mizan Zainal Abidin TAHINIAH RAKYAT TERENGGANU...senyum SOKMO! taqie.bloGSpot.Ganu

anak bapak!

This is so touching and I almost cried! A man came home from work late, tired andirritated, to find his 5-year old son waiting for himat the door. SON: "Daddy, may I ask you a question?" DAD: "Yeah sure, what is it?" replied the man. SON: "Daddy, how much do you make an hour?" DAD: "That's none of your business. Why do youask such a thing?" the man said angrily.SON: "I just want to know. Please tell me, howmuch do you make an hour?" DAD: "If you must know, I make Rs.100 an hour." "Oh," the little boy replied, with his head down. Looking up, he said, "Daddy, may I please borrow Rs.50? "The father was furious, "If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I work hard everydayfor such this childish behavior." The little boy quietly

Melayu Mudah Lupa

Image
OH Org MElaYU Perjuangan Belum Selesai! taqie.bloGSpot.Ganu

Sikap menonjolkan keperibadian

Image
SIKAP BODOH DARIPADA FIKIRAN PRIMITIF KEBENCIAN kita terhadap sesuatu perkara menjadi lumrah dlm kehidupan. namun, kebencian tersebut jika dinilai kembali akan mengakibatkan wujud bebanan dalam diri manusia itu. tidak dapat tidak, individu tersebut mengalami tekanan hebat dalam menilai individu yg dibencinya itu. satu penyebab yang dapt difokuskan sifat kebencian individu adalah bencinya terhadap sikap manusia. sikap dapat dilihat sebagai 'evaluation of object, our likes or dislike' ataupun 'affinities for and our objects' (RAven & Ribin, 1976). ini bermakna sikap dapat dinilai sbagai hasil drp pengetahuan atau pengalaman yag membentuk kepercayaan & kepercayaan pula dipengaruhi penilaian terhadap sesuatu objek. pengalaman mencetuskan revolusi minda dan pemikiran baru terhadap kita. bermacam ragam dan karenah dapat dirungkaikan melalui sikap yg ditonjolkan oleh manusia. kebencian terhadap sikap melampau sesuatu x dpt dielakkan. namun,

Ilmu sebenar manusia

Image
NILAI SEBENAR GEOGRAFI Di Malaysia, Geografi diibaratkan bi&g pengajian dihujung tanduk. Tunggu masa utk rebah di muka bumi iaitu yg juga merujuk kpd bi&g berkenaan. Geografi@Geography ialah bi&g disiplin yg merujuk kpd muka bumi serta alat pengukur lokasi. Dalam bi&g Geografi saintifik, lokasi diukur & dikira mengikut sistem matematik yg terdiri drp sistem koordinat dua dimensi & dua paksi yg terletak di muka bumi. Sekolah-sekolah di Malaysia tdk menjadikan elemen Geografi sesuatu yg penting dlm kehidupan mrk yg pasti subjek berkenaan adalah subjek elektif berbanding Sejarah. Dewasa kini, kita menyeru masyarakat menghargai alam sekitar, tetapi kita tdk menjadikan bi&g tersebut sbg sesuatu yg penting dlm pembentukan sikap manusia terhadap alam sekitar. Justeru, tdk hairanlah jika kerosakan di ruang muka bumi ini byk dilakukan oleh golongan yg berpendidikan tinggi, tetapi tiada moral & siasah diri. Ramai ahli Geografi yg lahir sejak dulu hingga kini

Jejak kasih astro

Image
ALAM PERSEKOLAHAN YG UNIK Seorang anak kpd guru memerlukan kesabaran yg tinggi dlm mengharungi kehidupannya. Dari umur 7 tahun hingga ke 17 thn, byk sek yg aku tempuhi. Pengalaman belajar di 5 buah sek rendah dan 2 buah sek men sepanjang alam persekolah cukup istimewa. Aku menerima pendidikan awal di Sek Ren Sultan Omar, Dungun, Terengganu selama 3 thn iaitu dari tahun 1990-1992. Tempoh berada di srso tdk lama krn ayah aku ditukarkan ke Besut. Aku ditukrkan ke Sek Keb Alur Lintah, Besut sedangkan ayah aku mengajar di Sek Keb Kg Raja, Besut ketika itu. Namun, pengajian aku di Sek Keb Alur Lintah tdk lama krn selepas aku mendapat ujian drpada Allah dgn tangan kanan aku patah, ayah aku menukarkan aku ke Sek Keb Kg Raja dimana tempatnya mengajar & ketika itu aku berada dlm darjah 4. Selama 2 thn aku di sek berkenaan, kemudian ayah aku ditukarkan ke Sek Keb Tembila, Besut semasa aku berada dlm darjah 6. Di sek berkenaan jg tdk lama krn ayah aku dpt menyambung pelajaranya di Univer

gong xi fa cai to all chinese

Image
GONG Xi Fa Cai Mĕi tiáo dàjiē xiăoxiàng Mĕi ge rén de zuĭ li Jiànmiàn dì yī jù huà Jiùshì gōngxĭ gōngxĭ Gōngxĭ, gōngxĭ, gōngxĭ nĭ ya Gōngxĭ, gōngxĭ, gōngxĭ nĭ BERSATU PADU RAKYAT MALAYSIA! taqie.bloGSpot.Ganu

student upc...emmm rasa cam x hebat!

Cikgu Taqie, nak tanya boleh??? tak sangka, hidup di landasan qadar n qada...sepupu kesayangan aku kt kg msg, dia kata dpat diploma pendidikan lepasan ijazah di upsi pd 11 jan 07...aiman x kisah, aku pun buat2 tk kisah tawaran prgram tu...daptar 15 jan 07 kat upc... PAS tu aku call bonda kesayangan aku, mak kata tak yah gie lah pasal dah buat master kat UM...aku pun berpendapatan serupa...selang beberpa jam kemudian selepas ayahda aku pulang mengajar dr sek, dia call aku...ayat pertamanyer "tk sayang ke program tu?" dgn keadaan stress amat giler, aku memikirkan kembali tawaran tersebut. tnya sedara mara terdekat, mereka kata pergi... jumlah jaringan 1-0... aku call pensyarah dr Rosmadi tanya pendapat beliau, 2 perkara harus aku buat katanya, senaraikan pro n kontra nk ke sana ataupun teruskan buat master ngan dia.. satu lagi sembahyang istiqarah..aku buat kedua2 tp buntu...12 hb - 15hb, kata putus tk de lagi...50-50, isnin (15hb) dah mula daptar, tp pd hari sama aku jmp dgn

TAL 8170 dlm kenangan

Mana Moto aku????? 2 hari selaku RA kt UM 9/ Jan/ 07, aku dikejutkan dgn tragedi yg memilukan... moto kesayangan aku EX5 TAL 8170 hilang dicuri di UM...waktu aku keluar nak balik ke serdang, umah sewa aku dlm pkl 6 pm, aku dikejutkan dgn kehilangan moto aku..mula2 aku pikir mgk moto aku letak di tmpt lain...tp sebenarnya hilang di CURI oleh kelompok yg derhaka kepd Tuhannya... terkejut dng itu, aku menelefon keluarga dan saudara mara terdekat dan kemudian mencari pengawai keselamatan UM dgn berjalan kaki sejauh 1.5 KM ke pintu gate KL-UM. aku diminta oleh pengawai berkenaan pergi membuat laporan kat pejabat keselamatan UM di Kolej 12...waktu hampir magrib..saudara aku dtg dn kami bersembahyang di masjid al rahman...sebaik selesainya sembahyang, kami membuat laporan di balai polis pantai...dan kemudian ke balai polis brickfield, KL... sungguh pun kejadian ini amat malang, tp ia adalah satu pengajaran kpd aku bhw tiada tmp selamat hatta di IPTA.... aiman tak kisah, begitu jgk aku, redha

hadiah 2007

Syukran! Syukur kehadrat Ilahi, Allah yg Maha Pengasih & Maha Pemurah dgn mengurniakan rezeki keatas diri ku. Alhamdulillah, setelah sekian lama hasrat terpendam, dpt juga melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dlm Ijazah Lanjutan pada tahun ini. Tanggal 08/ 01/ 2007, mulalah tugas rasmi aku sebagai RA (Researcher Assistances) dibawah Prof Madya Dr Jamilah Mohamad dan Dr Rosmadi Fauzi, pensyarah dari Jabatan Geografi Universiti Malaya. Terima kasih tdk terhingga kpd Dr Rosmadi Fauzi yg memberi kepercayaan besar sebagai RA beliau. Insyallah dgn kepercayaan tersebut, tugas yg diberikan akan dilaksanakan dgn sebaiknya kpd Jabatan & juga Universiti Malaya. Disamping RA, penyelidikan master akan dinilai oleh mrk berdua iaitu dlm pengkhususan GIS (Geography Information System) konflik sosial. Harapan aku sepanjang tempoh 2 thn iaitu masa yg diperuntukan (mungkin lebih drp itu) agar byk penemuan baru dpt dirumuskan melalui pengkajian yg dijalankan nanti. Pengalaman bekerja di Per

bye2 06

Catatan utk jan hingga dec 07 Selamat Hari Raya Aidiladha kpd semua muslimin n muslimat. Semoga Allah S.W.T mengurniakan kenikmatan yg kekal di dunia n akhirat nanti. Sehari selepas menyambut ramadhan, manusia menyambut tahun baru 2007. Selamat tinggal 2006 yg mengamit memori indah n kenangan kpd aku. Tahun pertama aku dpt sekalung ijazah n tahun pertama aku bekerja. Slps tamat pengajian dlm bulan april, aku lepak kat rmh dan mula mencari kerja di Shah Alam dlm bln julai. Tesco Shah Alam menjadi tempat permulaan aku menimba pengalaman bekerja. Bahagian Hardline, aku bukan lah org berdidikasi, namun blh dikatakan sbg seorang yg tdk suker kpd ‘kelampauan’ drp penyelia2 Tesco yg di kulikan utk menjaga kuli2 lain utk bekerja. Tp disebabkan status kuli yg tdk dpt dilihat n dibayangi oleh gelaran penyelia, kuli2 Tesco ini melaksanakan tugas2 mrk dlm perasaan syok sendiri. Disebabkan rasa meluat n benci dgn penonjolan n kebodohan kuli2 tersebut, aku berhenti. Namun kegaguman aku di Perdana L