Posts

Showing posts from June, 2007

Melayu

Image
WARDAH PERJUNGAN BANGSA MELAYU Mengikut falsafah masyarakat Jepun, The best is yet to come adalah formula yang telah diterap dan diguna pakai sehingga mereka melahirkan bangsa yang paling maju di dunia kini. Konsep tersebut harus menjadi asas kepada kekuatan dalam membina bangsa Melayu yang kukuh untuk menghadapi situasi meritokrasi iaitu siapa yang the best , mereka akan disanjungi. Masyarakat Melayu harus keluar dari kepompong dan institusi kejumukan bagi menyaingi bangsa yang terdekat dan lingkungannya. Kita tidak boleh menghadkan perhatian kita hanya pada satu tamadun atau zaman sahaja. (Dr Syed Hussein Alattas, 2006). Kita harus menerima cabaran yang sentiasa mendatang dan yang juga berubah-ubah. Ia sesuai dengan ucapan Dr Mahathir Mohamad “Malaysia pada asasnya adalah sebuah negara yang pragmatik. Kita tidak mempunyai ideologi. Kita sanggup menerima apa juga sistem, apa sahaja pendekatan yang akan menguntungkan Malaysia. Pada satu ketika dulu kita benar-benar