Posts

Showing posts from 2010

Hari Kemerdekaan ke 53

Image
Salam hormat kepada warga negara Malaysia. Sudah genap 53 tahun kita mencapai kemerdekaan dan mengecapi keharmonian negara selepas rusuhan paling dasyat, 13 Mei. Diucapkan selamat menyambut ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke 53. Ramai yang mengibar bendera dan menyatakan sokongan dan kebanggaan mereka kepada negara, ironisnya nampak diluar, dihati tidak. Ketika ini hubungan kaum yang agak gentar dalam laman web dan blog-blog tidak mencerminkan kibaran bendera seperti diharapkan. Rasa kasih kepada negara ditonjolkan dalam sudut rukun negara dan diatas kitab semata-mata, ia bukan di dalam hati. Namun perlu diubah sekarang bukan sikap, tetapi budaya kaum yang bertentangan dengan prinsip 1Malaysia. Hormatilah perlembagaan dan akan tetap bersama dengan pendirian bahawa tanah ini asalnya ialah Tanah Melayu, serta hak-hak keistimewaan sebagaimana termaktub dalam perlembagaan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN MALAYSIA KE 53 taqie.bloGSpot.Ganu

Engkabang Edisi 43

Image
Tahun kedua aku sebagai penyelaras majalah sekolah SMK Kapit. Mengikut 'tradisi' penyelaras di SMK Kapit dipegang dua tahun berturut turut. Tahun ini aku agak santai berbanding tahun lepas memandangkan pengalaman tahun sudah dibawa tahun ini untuk memudah cara menyelaras majalah edisi 43 ini. Cadangan disiapkan sepenuhnya majalah Engkabang SMK Kapit 2010 adalah sebelum puasa dan diedarkan kepada warga SMK Kapit pada bulan Oktober 2010. taqie.bloGSpot.Ganu

Selamat Pengantin Baru!!

Image
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)” Surah Al-hujurat, ayat 13 Saiful Azhar kawan serumah aku selamat diijab kabul di Masjid Al-Jabbar Kapit pada 25 Februari 2010 jam 2.40 petang. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, pasangan Saiful dan Ema telah memulakan kehidupan baru setelah bergelar suami isteri yang sah. Sesi photography diadakan sekitar Kg. Baru dan Pangau Danau Kapit sesudah selesainya majlis akad nikah. Pada sebelah malam pula, majlis kesyukuran dan jamuan diadakan di Restoran Mahligai Hotel. Ramai rakan-rakan guru datang serta jiran-jir

Pemimpin Pengakap

Image
UNDANG-UNDANG PENGAKAP 1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. 2. Pengakap adalah seorang yang kepada Yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya, Ibubapanya, majikannya dan orang-orang dibawahnya. 3. Pengakap adalah waijip menjadikan dirinya berguna, dan menolong orang pada setiap masa. 4. Pengakap adalah sahabat kepada sekelian orang dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkay dan ugamanya sekalipun. 5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi perkertinya dan sentiasa berbudi. 6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang. 7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibubapanya, Ketua Patrolnya atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan. 8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam masa kesusahan. 9. Pengakap adalah jimat dan cermat. 10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan