Posts

Showing posts from August, 2010

Hari Kemerdekaan ke 53

Image
Salam hormat kepada warga negara Malaysia. Sudah genap 53 tahun kita mencapai kemerdekaan dan mengecapi keharmonian negara selepas rusuhan paling dasyat, 13 Mei. Diucapkan selamat menyambut ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke 53. Ramai yang mengibar bendera dan menyatakan sokongan dan kebanggaan mereka kepada negara, ironisnya nampak diluar, dihati tidak. Ketika ini hubungan kaum yang agak gentar dalam laman web dan blog-blog tidak mencerminkan kibaran bendera seperti diharapkan. Rasa kasih kepada negara ditonjolkan dalam sudut rukun negara dan diatas kitab semata-mata, ia bukan di dalam hati. Namun perlu diubah sekarang bukan sikap, tetapi budaya kaum yang bertentangan dengan prinsip 1Malaysia. Hormatilah perlembagaan dan akan tetap bersama dengan pendirian bahawa tanah ini asalnya ialah Tanah Melayu, serta hak-hak keistimewaan sebagaimana termaktub dalam perlembagaan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN MALAYSIA KE 53 taqie.bloGSpot.Ganu

Engkabang Edisi 43

Image
Tahun kedua aku sebagai penyelaras majalah sekolah SMK Kapit. Mengikut 'tradisi' penyelaras di SMK Kapit dipegang dua tahun berturut turut. Tahun ini aku agak santai berbanding tahun lepas memandangkan pengalaman tahun sudah dibawa tahun ini untuk memudah cara menyelaras majalah edisi 43 ini. Cadangan disiapkan sepenuhnya majalah Engkabang SMK Kapit 2010 adalah sebelum puasa dan diedarkan kepada warga SMK Kapit pada bulan Oktober 2010. taqie.bloGSpot.Ganu