melayuslim.blogspot.com

Saturday, February 26, 2011

Salam Pengakap


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Gembira melihat ramai ahli-ahli Pengakap SMK Kapit yang datang menyertai Aktiviti Pengakap Bulanan di Kem Engkabang, SMK Kapit pada 26 Februari 2011. Ucapan tahniah kepada semua ahli Pengakap yang hadir. Namun disudut hati, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan Majlis Pemimpin Pengakap SMK Kapit saudara Hafis Mohd Dom, Mohd Faizal Zainal Abidin, Mohd Fadzli Samsuddin, Azhar Rusdi dan Pesuruhjaya Pengakap Kapit, En. Morgan Indam yang turut menjayakan aktiviti tersebut. Bukan senang untuk memastikan ahli-ahli Pengakap bergiat aktif, namun dengan ada semangat dan usaha yang jitu diantara ahli Pengakap, maka tiada sebab untuk menyatakan Pengakap tidak bergiat aktif. Moga Pengakap SMK Kapit Bergerak Maju..

Guru-guru Pemimpin Pengakap SMK Kapit

Bergambar kenangan sebelum aktiviti selesai

Buat Sehabis Baik...!!!

taqie.bloGSpot.Ganu

Sunday, February 20, 2011


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Salam 1Malaysia…

Sudah lama tidak ‘memperhambakan’ diri dalam dunia blogger… emmm, sesuatu yang pasti akan memberi impak kepada gaya penulisan.. tiada sebab kukuh untuk ‘join’ dunia blogger ini melainkan menyampaikan segala pandangan melalui kacamata sendiri. Namun keyakinan tebal dalam diri bahawa setiap pandangan individu itu bergantung kepada gaya dan batasan sosial latar belakang keluarganya. Apabila membanding beza soal pemahaman atau pandangan seseorang itu dengan kehidupan berkeluarga, setiap individu jelas mempunyai kognetif yang berbeza. Sebagai contoh, cara berfikir atau pemahaman seorang individu yang berlatar belakang ibu bapanya berpendidikan jelas membuktikan terdapat perbezaan diantara individu yang berlatar belakang keluarga atau ibu bapa yang tiada pendidikan.

Tafsiran begitu dinilai yang dilihat tidak masuk akal.. namun jika ada kajian yang lebih terperinci mengenainya, ia boleh merungkai seberapa banyak kecelaruan tersebut. Harus diketahui, tidak menghairankan setiap keluarga itu melahirkan zuriat keluarga yang mempunyai kesinambungan ‘pemikiran keturunan’ sama ada professional ataupan primitif yang keterlampau mengikut asuhan dan didikan ibu bapa mereka. Biasanya apabila seseorang dari latar belakang keluarga bukan profesional yang telah memiliki kerjaya yang boleh dibanggakan, mempunyai gaya pemikiran yang amat ‘mengerunkan’.

Mungkin asuhan yang diterima semasa mereka kecil dan akhirnya mendapat kejayaan yang ditafsirkan sebagai agak sukar dicapai bagi kelurganya, ‘kejutan diri’ timbul dan ini mula dapat dirungkai melalui cara percakapan dan sikap kendiri. Kedua-dua ini hasil daripada cara berfikir yang dilaluinya dari kecil. Timbul egois yang membatasi segala percaturan rasional dari mereka. Soalnya, adakah ia akan mempunyai kesimbungan 'pemikiran keturunan' terhadap anak-anak mereka yang sudah berada dalam kelompok professional sedangkan ibu bapanya berasal daripada keluarga bukan professional…?

Jawapan ini akan menjadi episod yang paling gentir untuk dirungkai.

Selamat berteori 2011…

taqie.bloGSpot.Ganu

Tuesday, February 15, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kapit 2011

SMK KAPIT


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Syukur kehadrat Ilahi, sambutan Maulidur Rasul 2011 dapat dijalankan dengan keadaan baik dan berjalan lancar. SMK Kapit menghantar kontinjen yang segak dan bergaya dengan mengenakan pakaian seragam batik yang ditempah khas. Selang beberapa hari sebelum sambutan, AJK Sambutan Maulidur Rasul SMK Kapit bertungkus lumus menyiapkan banner dengan harapan agar banner yang dibuat dapat meninggalkan kenangan indah suatu hari nanti. Kami mengharapkan kemenangan..! insyallah ...

Alhamdulilah.. SMK Kapit Johan Pertandingan Sepanduk dan Johan Kontinjen Terbaik Maulidur Rasul Bahagian Kapit 2011.. Syukur kehadrat Allah S.W.T diatas kurniaanNya...

Namun disudut hati ini, timbul rasa kesyukuran kehadrat Ilahi melalui kekuatan emosi, kami dapat menyiapkan banner dengan penuh bangga dan amat cantik bagi kami. Segala kekusutan dalam segala permasalahan dapat diatasi melalui kerjasama yang baik sesama kami. Semoga dengan sambutan ini, maka kekuatan nilai ikhlas dalam persahabatan sesama insan semakin kuat.

'1 MALAYSIA 1 UMMAH'

taqie.bloGSpot.Ganu