Posts

Majlis Perkahwinan Kak Serah

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana lim pah kurnianya. Salam dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W; moga diberkati hidup kami sekeluarga di dunia dan akhirat… amin. 19 Mac 2011, adik yang kedua, Nusrah Alifah Ahmad selamat diijab Kabul dengan pasangannya Hasrul Faridz di rumah kami sekeluarga di Kg. Bukit Kecil, Setiu, Terengganu. Kak Serah merupakan anak Cikgu Ahmad Bebakar dan Wan Mazidah Hj Abdul Rahman dan adik beradik yang pertama berkahwin. Kami adik beradik Muhammad Taqiyuddin Ahmad, Muhammad Baihaqiey Ahmad, Qamar Ainiah Ahmad, Ikhwan Abdul Qadir Ahmad, dan Anis Fathiyah Ahmad mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga dikekalkan hidup bahagia sehingga ke akhir hayat.. amin Sanak saudara Wan Yah binti Kadir juga rata-rata pulang memeriahkan majlis perkahwinan dan semoga ikatan ukhwan sesama sanak saudara berkekalan sehingga keahir hayat…amin. “Air yang dicincang tidak akan putus”.. begitulah

Salam Pengakap

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Gembira melihat ramai ahli-ahli Pengakap SMK Kapit yang datang menyertai Aktiviti Pengakap Bulanan di Kem Engkabang, SMK Kapit pada 26 Februari 2011. Ucapan tahniah kepada semua ahli Pengakap yang hadir. Namun disudut hati, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan Majlis Pemimpin Pengaka p SMK Kapit saudara Hafis Mohd Dom, Mohd Faizal Zainal Abidin, Mohd Fadzli Samsuddin, Azhar Rusdi dan Pesuruhjaya Pengakap Kapit, En. Morgan Indam yang turut menjayakan aktiviti tersebut. Bukan senang untuk memastikan ahli-ahli Pengakap bergiat aktif, namun dengan ada semangat dan usaha yang jitu diantara ahli Pengakap, maka tiada sebab untuk menyatakan Pengakap tidak bergiat aktif. Moga Pengakap S MK Kapit Bergerak Maju.. Guru-guru Pemimpin Pengakap SMK Kapit Bergambar kenangan sebelum aktiviti selesai Buat Sehabis Baik...!!! taqie.bloGSpot.Ganu
Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Salam 1Malaysia… S udah lama tidak ‘memperhambakan’ diri dalam dunia bl ogger… emmm, sesuatu yang pasti akan memberi impak kepada gaya penulisan.. tiada sebab kukuh untuk ‘join’ dunia blogger ini melainkan menyampaikan segala pandangan melalui kacamata sendiri. Namun keyakinan tebal dalam diri bahawa setiap pandangan individu itu bergantung kepada gaya dan batasan sosial latar belakang keluarganya. Apabila membanding beza soal pemahaman atau pandangan seseorang itu dengan kehidupan berkeluarga, setiap individu jelas mempunyai kognetif yang berbeza. Sebagai contoh, cara berfikir atau pemahaman seorang individu yang berlatar belakang ibu bapanya berpendidikan jelas membuktikan terdapat perbezaan dia ntara individu yang berlatar belakang keluarga atau ibu bapa yang tiada pendidikan. Tafsiran begitu dinilai yang dilihat tidak masuk akal.. namun jika ada kajian yang lebih terperinci mengenainya, ia boleh merungkai seberapa banyak kecelaru

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kapit 2011

Image
SMK KAPIT Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia Syukur kehadrat Ilahi, sambutan Maulidur Rasul 2011 dapat dijalankan dengan keadaan baik dan berjalan lancar. SMK Kapit menghantar kontinjen yang segak dan bergaya dengan mengenakan pakaian seragam batik yang ditempah khas. Selang beberapa hari sebelum sambutan, AJK Sambutan Maulidur Rasul SMK Kapit bertungkus lumus menyiapkan banner dengan harapan agar banner yang dibuat dapat meninggalkan kenangan indah suatu hari nanti. Kami mengharapkan kemenangan..! insyallah ... Alhamdulilah.. SMK Kapit Johan Pertandingan Sepanduk dan Johan Kontinjen Terbaik Maulidur Rasul Bahagian Kapit 2011.. Syukur kehadrat Allah S.W.T diatas kurniaanNya... Namun disudut hati ini, timbul rasa kesyukuran kehadrat Ilah i melalui kekuatan emosi, kami dapat menyiapkan banner dengan penuh bangga dan amat cantik bagi kami. Segala kekusutan dalam segala permasalahan dapat diatasi melalui kerjasama yang baik sesama kami. Semoga dengan sambutan ini, maka kekuatan nilai ikh

Hari Kemerdekaan ke 53

Image
Salam hormat kepada warga negara Malaysia. Sudah genap 53 tahun kita mencapai kemerdekaan dan mengecapi keharmonian negara selepas rusuhan paling dasyat, 13 Mei. Diucapkan selamat menyambut ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke 53. Ramai yang mengibar bendera dan menyatakan sokongan dan kebanggaan mereka kepada negara, ironisnya nampak diluar, dihati tidak. Ketika ini hubungan kaum yang agak gentar dalam laman web dan blog-blog tidak mencerminkan kibaran bendera seperti diharapkan. Rasa kasih kepada negara ditonjolkan dalam sudut rukun negara dan diatas kitab semata-mata, ia bukan di dalam hati. Namun perlu diubah sekarang bukan sikap, tetapi budaya kaum yang bertentangan dengan prinsip 1Malaysia. Hormatilah perlembagaan dan akan tetap bersama dengan pendirian bahawa tanah ini asalnya ialah Tanah Melayu, serta hak-hak keistimewaan sebagaimana termaktub dalam perlembagaan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN MALAYSIA KE 53 taqie.bloGSpot.Ganu

Engkabang Edisi 43

Image
Tahun kedua aku sebagai penyelaras majalah sekolah SMK Kapit. Mengikut 'tradisi' penyelaras di SMK Kapit dipegang dua tahun berturut turut. Tahun ini aku agak santai berbanding tahun lepas memandangkan pengalaman tahun sudah dibawa tahun ini untuk memudah cara menyelaras majalah edisi 43 ini. Cadangan disiapkan sepenuhnya majalah Engkabang SMK Kapit 2010 adalah sebelum puasa dan diedarkan kepada warga SMK Kapit pada bulan Oktober 2010. taqie.bloGSpot.Ganu

Selamat Pengantin Baru!!

Image
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)” Surah Al-hujurat, ayat 13 Saiful Azhar kawan serumah aku selamat diijab kabul di Masjid Al-Jabbar Kapit pada 25 Februari 2010 jam 2.40 petang. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, pasangan Saiful dan Ema telah memulakan kehidupan baru setelah bergelar suami isteri yang sah. Sesi photography diadakan sekitar Kg. Baru dan Pangau Danau Kapit sesudah selesainya majlis akad nikah. Pada sebelah malam pula, majlis kesyukuran dan jamuan diadakan di Restoran Mahligai Hotel. Ramai rakan-rakan guru datang serta jiran-jir