Posts

Majlis Perkahwinan Kak Serah

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana lim pah kurnianya. Salam dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W; moga diberkati hidup kami sekeluarga di dunia dan akhirat… amin. 19 Mac 2011, adik yang kedua, Nusrah Alifah Ahmad selamat diijab Kabul dengan pasangannya Hasrul Faridz di rumah kami sekeluarga di Kg. Bukit Kecil, Setiu, Terengganu. Kak Serah merupakan anak Cikgu Ahmad Bebakar dan Wan Mazidah Hj Abdul Rahman dan adik beradik yang pertama berkahwin. Kami adik beradik Muhammad Taqiyuddin Ahmad, Muhammad Baihaqiey Ahmad, Qamar Ainiah Ahmad, Ikhwan Abdul Qadir Ahmad, dan Anis Fathiyah Ahmad mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga dikekalkan hidup bahagia sehingga ke akhir hayat.. amin Sanak saudara Wan Yah binti Kadir juga rata-rata pulang memeriahkan majlis perkahwinan dan semoga ikatan ukhwan sesama sanak saudara berkekalan sehingga keahir hayat…amin. “Air yang dicincang tidak akan putus”.. begitulah ...

Salam Pengakap

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Gembira melihat ramai ahli-ahli Pengakap SMK Kapit yang datang menyertai Aktiviti Pengakap Bulanan di Kem Engkabang, SMK Kapit pada 26 Februari 2011. Ucapan tahniah kepada semua ahli Pengakap yang hadir. Namun disudut hati, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan Majlis Pemimpin Pengaka p SMK Kapit saudara Hafis Mohd Dom, Mohd Faizal Zainal Abidin, Mohd Fadzli Samsuddin, Azhar Rusdi dan Pesuruhjaya Pengakap Kapit, En. Morgan Indam yang turut menjayakan aktiviti tersebut. Bukan senang untuk memastikan ahli-ahli Pengakap bergiat aktif, namun dengan ada semangat dan usaha yang jitu diantara ahli Pengakap, maka tiada sebab untuk menyatakan Pengakap tidak bergiat aktif. Moga Pengakap S MK Kapit Bergerak Maju.. Guru-guru Pemimpin Pengakap SMK Kapit Bergambar kenangan sebelum aktiviti selesai Buat Sehabis Baik...!!! taqie.bloGSpot.Ganu
Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Salam 1Malaysia… S udah lama tidak ‘memperhambakan’ diri dalam dunia bl ogger… emmm, sesuatu yang pasti akan memberi impak kepada gaya penulisan.. tiada sebab kukuh untuk ‘join’ dunia blogger ini melainkan menyampaikan segala pandangan melalui kacamata sendiri. Namun keyakinan tebal dalam diri bahawa setiap pandangan individu itu bergantung kepada gaya dan batasan sosial latar belakang keluarganya. Apabila membanding beza soal pemahaman atau pandangan seseorang itu dengan kehidupan berkeluarga, setiap individu jelas mempunyai kognetif yang berbeza. Sebagai contoh, cara berfikir atau pemahaman seorang individu yang berlatar belakang ibu bapanya berpendidikan jelas membuktikan terdapat perbezaan dia ntara individu yang berlatar belakang keluarga atau ibu bapa yang tiada pendidikan. Tafsiran begitu dinilai yang dilihat tidak masuk akal.. namun jika ada kajian yang lebih terperinci mengenainya, ia boleh merungkai seberapa banyak kecelaru...

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kapit 2011

Image
SMK KAPIT Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia Syukur kehadrat Ilahi, sambutan Maulidur Rasul 2011 dapat dijalankan dengan keadaan baik dan berjalan lancar. SMK Kapit menghantar kontinjen yang segak dan bergaya dengan mengenakan pakaian seragam batik yang ditempah khas. Selang beberapa hari sebelum sambutan, AJK Sambutan Maulidur Rasul SMK Kapit bertungkus lumus menyiapkan banner dengan harapan agar banner yang dibuat dapat meninggalkan kenangan indah suatu hari nanti. Kami mengharapkan kemenangan..! insyallah ... Alhamdulilah.. SMK Kapit Johan Pertandingan Sepanduk dan Johan Kontinjen Terbaik Maulidur Rasul Bahagian Kapit 2011.. Syukur kehadrat Allah S.W.T diatas kurniaanNya... Namun disudut hati ini, timbul rasa kesyukuran kehadrat Ilah i melalui kekuatan emosi, kami dapat menyiapkan banner dengan penuh bangga dan amat cantik bagi kami. Segala kekusutan dalam segala permasalahan dapat diatasi melalui kerjasama yang baik sesama kami. Semoga dengan sambutan ini, maka kekuatan nilai ikh...

Hari Kemerdekaan ke 53

Image
Salam hormat kepada warga negara Malaysia. Sudah genap 53 tahun kita mencapai kemerdekaan dan mengecapi keharmonian negara selepas rusuhan paling dasyat, 13 Mei. Diucapkan selamat menyambut ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke 53. Ramai yang mengibar bendera dan menyatakan sokongan dan kebanggaan mereka kepada negara, ironisnya nampak diluar, dihati tidak. Ketika ini hubungan kaum yang agak gentar dalam laman web dan blog-blog tidak mencerminkan kibaran bendera seperti diharapkan. Rasa kasih kepada negara ditonjolkan dalam sudut rukun negara dan diatas kitab semata-mata, ia bukan di dalam hati. Namun perlu diubah sekarang bukan sikap, tetapi budaya kaum yang bertentangan dengan prinsip 1Malaysia. Hormatilah perlembagaan dan akan tetap bersama dengan pendirian bahawa tanah ini asalnya ialah Tanah Melayu, serta hak-hak keistimewaan sebagaimana termaktub dalam perlembagaan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN MALAYSIA KE 53 taqie.bloGSpot.Ganu

Engkabang Edisi 43

Image
Tahun kedua aku sebagai penyelaras majalah sekolah SMK Kapit. Mengikut 'tradisi' penyelaras di SMK Kapit dipegang dua tahun berturut turut. Tahun ini aku agak santai berbanding tahun lepas memandangkan pengalaman tahun sudah dibawa tahun ini untuk memudah cara menyelaras majalah edisi 43 ini. Cadangan disiapkan sepenuhnya majalah Engkabang SMK Kapit 2010 adalah sebelum puasa dan diedarkan kepada warga SMK Kapit pada bulan Oktober 2010. taqie.bloGSpot.Ganu

Selamat Pengantin Baru!!

Image
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)” Surah Al-hujurat, ayat 13 Saiful Azhar kawan serumah aku selamat diijab kabul di Masjid Al-Jabbar Kapit pada 25 Februari 2010 jam 2.40 petang. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, pasangan Saiful dan Ema telah memulakan kehidupan baru setelah bergelar suami isteri yang sah. Sesi photography diadakan sekitar Kg. Baru dan Pangau Danau Kapit sesudah selesainya majlis akad nikah. Pada sebelah malam pula, majlis kesyukuran dan jamuan diadakan di Restoran Mahligai Hotel. Ramai rakan-rakan guru datang serta jiran-jir...

Pemimpin Pengakap

Image
UNDANG-UNDANG PENGAKAP 1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. 2. Pengakap adalah seorang yang kepada Yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya, Ibubapanya, majikannya dan orang-orang dibawahnya. 3. Pengakap adalah waijip menjadikan dirinya berguna, dan menolong orang pada setiap masa. 4. Pengakap adalah sahabat kepada sekelian orang dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkay dan ugamanya sekalipun. 5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi perkertinya dan sentiasa berbudi. 6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang. 7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibubapanya, Ketua Patrolnya atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan. 8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam masa kesusahan. 9. Pengakap adalah jimat dan cermat. 10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan...

Semoga Berjaya

Image
Jika di Semenanjung, ramai yg membuat jamuan utk Depavali.. tetapi di Kapit ini, pelajar2 ting 3F membuat jamuan perpisahan kelas.. Sepanjang tahun 2009, telatah pelajar2 3F amat bermakna buat kami semua guru terutamanya aku sebagai Guru Kelas.. Kami menyambut jamuan tersebt di rumah Kevin Gon yg juga merangkap ketua kelas tingkatan 3F.. walaupun ramai yg x dtg disebabkan oleh faktor2 yg x dpt dielakkan.. tetapi mrk tetap dihati kami masing2...terima kasih buat Kevin dan kamu semua...moga dapat kejayaan yg cemerlang nnti.. 3 Famous ABDUL KADIR BIN MOHD AMIN ADLER GURANTO ANAK RAIYON AGAS ANAK NYABONG ALMOND INDANG ANAK GARE ANDREW ASUT ANAK LINGGA ASMAUDIN BIN SABLI BANGKONG ANAK NERAMPOH BATISTUTA MIYUT ANAK BASIL BENNY BIN BRUNO BUNDAN ANAK EMPATI CHRISTINA ANAK IJAU CONNIE ANAK JERRY DENNIS ANAK LAYAU DOMINIC LENGGI ANAK DAVID ANDAN FARDYLA ERRA ANAK JOS GARCIA ANAK DINGGAI IAN ALLEH ANAK LAWRENCE IMRAN BIN HARUN JEFFRY ANAK JAMBAI JEFFRY KEMARAU ANAK BELAJA JOHANNES ANAK BANYANG...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Image
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maap zhir n Batin Semoga RahmatNya sentiasa disisi orang-orang yang bertaqwa taqie.bloGSpot.Ganu

Bab kurap bangsa pun haprak

Image
Khas untuk bangsa MELAYU Segan tak malu, Kecut tak mahu, Kelu tak tahu, Hidup tak tentu... Dipandang jauh ditenung tidak Didekat kurap, dijauh pula haprak Harapkan tidak pandang pun tidak Hunus keris tak tahu tempat. Untuk apa kenapa tidak Bangsa asing ludah dihina kelak Hidup merempat tiada tempat Biar sesat asal selamat. Segan tak malu, Kecut tak mahu, Kelu tak tahu, Hidup tak tentu... Melawan pun tidak Peduli apa bangsa haprak Bangsa dihina tanpa sebab Lidah kelu tak terjawab Bangsa bab anjing kurap Dihina diludah siapa lantak Tak sedih tak pun gasak Jiwa karat maki sekerat-kerat Untuk apa sedih tanpa sebab Hidup ini ada had Untuk apa menangis tanpa harap Hidup ini bagaikan nak rak Kasihan lah bangsa mu itu, Siapa celik entah siapa peduli Segan tak malu, Kecut tak mahu, Kelu tak tahu, Hidup tak tentu... Mahu tidak mahu... itu lah MELAYU. muhammad taqiyuddin ahmad 30 Dis 2008 10.04pm taqie.bloGSpot.Ganu

Minda Melayu tidak Jumuk!

Image
PERTUALANG MELAYU Melayu itu kaya dengan falsafahnya, lenggok bahasa bak bangsawan dan adat lambang kejituan bangsa Melayu. Apalah kiranya ungkapan ‘Melayu Itu Satu’ bergema di bumi Nusantara ini dalam mempertahankan hak dan maruah diri sebagai orang Melayu. Nyahkah d iri daripada sikap jumuk dalam membuat penilaian dan pentakrifan bahwasanya orang Melayu itu kelompok kelas ketiga. Apakan tidaknya, bila mana bangsa lain cuba ‘cas keting’ terhadap kepimpinan Melayu, maka bergetar gigil seluruh badan ketakutan takhala dihendik bangsa lain. Terus layu lenggok badanya yang tidak terdaya menahan tomahan dan hendikan dari bangsa lain. Apa jadi? Mati akalnya, terkubur jiwanya... Maruah orang-orang Melayu hanya dibawah naungan UMNO. Terkuburnya UMNO, maka tidak ada lagi ungkapan “Hidup Melayu!!!”. Jika kelompok Melayu ‘penderhaka’ diangkat menjadi ketua, satu petanda sial yang menanti yakni kemusnahan maruah Melayu. Hidup mati Melayu bergantung kepada UMNO. Menjadi kemestian orang-orang Mel...

UMNO menampakkan taringnya!

Image
SELAMAT KEMBALI TUN DR MAHATHIR DAN ISTERI UMNO PERJUANGAN BELUM SELESAI! Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, dalam ucapan penangguhan Perhimpunan UMNO ke 59; “Kita tidak mahu pemimpin yang mahu membawa perubahan, tetapi pemimpin yang boleh buat perubahan”... Ucapan yang padat dan menepati suara akar umbi terutamanya dlm situasi gentir UMNO berhadapan dgn penerimaan rakyat ketika ini. Malah paling gentir ialah penerimaan rakyat secara khususnya di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Aai dlm prk nnti.. Perubahan utama dalam erti kata sebenarnya ialah dari segi saf kepimpinan yang mantap dan situasi berkenaan secara jelas menampakkan sinar baru kepada UMNO. Ucpan tahniah kepada saf kepimpinan tertinggi UMNO yang berjaya dalam PAU terutamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dinobatkan sebagai Timbalan Presiden, manakala Naib Presiden UMNO terutamanya juga bos aku, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien. Sayap penting dalam UMNO yg diterajui Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Datuk Rosnah dihara...

Salam Maulidur Rasul

Image
Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Mengasihani, salam dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W; Pada 09 Mac 2009, bertempat di Dewan Suarah Kapit, Sarawak, umat Islam di Kapit menyambut sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah/ 2009. Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit menghantar kontigen pembarisan bagi menyambut maulidur Rasul bertemakan "WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH" Sambutan Maulidur Rasul disambut dengan serba meriah dan SMK Kapit juga tidak ketinggalan membuat persiapan bagi sambutan tersebut. Ajk Sepanduk telah bertungkus lumus menyiapkan sepanduk bagi maulidur rasul tahun ini yang dianggotai Sham, Mat, Hafiz, Hatisam, Iwa, Zu selain aku sendiri. Akhirnya sepanduk kami telah memperolehi tempat kedua keseluruhan dan ini merupakan satu kejayaan yang amat baik dan memberi rangsangan kepada kami untuk terus melaksanakan kerja dengan sebaik mungkin Bagi pembarisan, kontigen SMK Kapit memperolehi tempat ketiga pembarisan dan ini juga membukitkan kerjasama diantara r...

Persoalan PPSMI di Jawab - FAQ (Frequently Asked Question)

Image
1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) ? Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar. Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam bidang teknikal 2. Kenapa perlu kuasai sains dan matematik ? Kerana sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang-bidang sains, teknologi, maklumat, kejuruteraan dan lain-lain. Pemahaman sains dan matematik akan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti). 3. Kenapa mesti bahasa inggeris ? Kerana 100% bahan rujukan untuk bidang-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dgn memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkan pemahaman kpd konsep dan fundamentals yang terdapat dalam bahan-bahan rujukan ini sekaligus dapat menguasai bidang tersebut. 4. Kenapa tak boleh gunakan BM da...

Pilihanraya Kuala Terengganu; Sejarah bakal berulang

Image
IANYA MERCU KEAGUNGAN KEKUFURAN "Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan bertembung dengan kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) , yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan’- Surah al-Jumaah: ayat 7-8. Seperti pepatah Melayu, “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”… Susulan kematian Allahyarham Y.B Razali Ismail, MP Kuala Terengganu pada 28 nov, konflik politik Malaysia kini seolah2 menjadi semakin ‘hangat’ selepas ‘kendurnya’ isu tentang ‘rampasan kuasa’ atau pembentukan kerajaan baru (barua) drp Pakatan Rakyat pd 16 sept lalu yang akhirnya menjadi fantasi. Moga Allahyarham mendapat kemuliaan disisi Allah S.W.T dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. Pembohongan ayahde anwar Ibrahime n e geng selama ini 0r omong-omong kosong 16 sept telah mengamitkan persoalan yang nyata iaitu, adakah ayahde a...

Pemikiran politik belia alaf baru!

Image
POLITIKING BELIA YANG KIAN LESU Benarkah polemik politik tanah air tidak membawa apa-apa pengertian kepada golongan muda atau belia? Satu persoalan yang harus dirungkaikan oleh semua pihak bagi yang peka terhadap perkembangan tersebut. Golongan muda di negara ini boleh diklasifikasikan golongan yang berumur 10 hingga 24 tahun. Statistik di negara ini menunjukkan bahawa golongan tersebut mewakili satu pertiga daripada jumlah penduduk di negara ini yang kini mencecah 26.6 juta orang. Ia memberi gambaran yang jelas tentang kekurangan bakal politikus di negara kita memandangkan golongan berkenaan berperanan besar terhadap pembangunan negara kelak. Tidak ramai yang memperkatakan tentang kelesuan politik remaja di negara ini dan dilihat seakan-akan tidak mengambil kisah tentang fasa semasa. Bagaimana kita boleh menyatakan timbal balas daripada kelesuan tersebut? Buktinya terarah dari mana? Perkara yang boleh mendatangkan kerisauan dikalangan pemimpin politik tanah air ialah susulan...

Welcome 2009!

Image
Hampir setahun brada di smk kapit ...tup..tup..dah cuti skulah... 10hb nov 2008, ari yg paling gmbira memandangkn 6 bulan x balik ke kg..ramai rakan2 yg balik raya aidilfitri sudah ‘bosan’ dgn perasaan rindu ke kg...hanya sebulnn, pah tu pulang semula ke kg dgn tempoh cuti yg agak lama, 2 bulan... raya aidilfitri di kapit amat menyeronokkn dn ia adalah sejarah pertama x pulang beraya aidilfitri..kenangan sambut raya di kapit akan dipahat dlm memories n jika org bertanya tentang perayaan di kapit, sudah tentu akan menyatakan; “jika mahu melihat kemeriahan integrasi kaum, sambutlah raya di kapit”... dpt dibuktikn, x akan ada mana2 tempat di semenanjung keadaan n sambutan yg begitu meriah melainkan di kapit, sarawak. Insyallah, utk 2 tahun akan datang, jika ada keizinan n kelapangan, pelan utk beraya di kapit lagi akan menjadi realiti n nyata..insyallah!!! Awal tahun posting di smk kapit, mengajar geografi tingkatan 2A, 2E, 2G, 2K n 2L..manakala bg mata pelajran PJPK, mengajar kelas 1...