Posts

Bab kurap bangsa pun haprak

Image
Khas untuk bangsa MELAYU Segan tak malu, Kecut tak mahu, Kelu tak tahu, Hidup tak tentu... Dipandang jauh ditenung tidak Didekat kurap, dijauh pula haprak Harapkan tidak pandang pun tidak Hunus keris tak tahu tempat. Untuk apa kenapa tidak Bangsa asing ludah dihina kelak Hidup merempat tiada tempat Biar sesat asal selamat. Segan tak malu, Kecut tak mahu, Kelu tak tahu, Hidup tak tentu... Melawan pun tidak Peduli apa bangsa haprak Bangsa dihina tanpa sebab Lidah kelu tak terjawab Bangsa bab anjing kurap Dihina diludah siapa lantak Tak sedih tak pun gasak Jiwa karat maki sekerat-kerat Untuk apa sedih tanpa sebab Hidup ini ada had Untuk apa menangis tanpa harap Hidup ini bagaikan nak rak Kasihan lah bangsa mu itu, Siapa celik entah siapa peduli Segan tak malu, Kecut tak mahu, Kelu tak tahu, Hidup tak tentu... Mahu tidak mahu... itu lah MELAYU. muhammad taqiyuddin ahmad 30 Dis 2008 10.04pm taqie.bloGSpot.Ganu

Minda Melayu tidak Jumuk!

Image
PERTUALANG MELAYU Melayu itu kaya dengan falsafahnya, lenggok bahasa bak bangsawan dan adat lambang kejituan bangsa Melayu. Apalah kiranya ungkapan ‘Melayu Itu Satu’ bergema di bumi Nusantara ini dalam mempertahankan hak dan maruah diri sebagai orang Melayu. Nyahkah d iri daripada sikap jumuk dalam membuat penilaian dan pentakrifan bahwasanya orang Melayu itu kelompok kelas ketiga. Apakan tidaknya, bila mana bangsa lain cuba ‘cas keting’ terhadap kepimpinan Melayu, maka bergetar gigil seluruh badan ketakutan takhala dihendik bangsa lain. Terus layu lenggok badanya yang tidak terdaya menahan tomahan dan hendikan dari bangsa lain. Apa jadi? Mati akalnya, terkubur jiwanya... Maruah orang-orang Melayu hanya dibawah naungan UMNO. Terkuburnya UMNO, maka tidak ada lagi ungkapan “Hidup Melayu!!!”. Jika kelompok Melayu ‘penderhaka’ diangkat menjadi ketua, satu petanda sial yang menanti yakni kemusnahan maruah Melayu. Hidup mati Melayu bergantung kepada UMNO. Menjadi kemestian orang-orang Mel...

UMNO menampakkan taringnya!

Image
SELAMAT KEMBALI TUN DR MAHATHIR DAN ISTERI UMNO PERJUANGAN BELUM SELESAI! Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, dalam ucapan penangguhan Perhimpunan UMNO ke 59; “Kita tidak mahu pemimpin yang mahu membawa perubahan, tetapi pemimpin yang boleh buat perubahan”... Ucapan yang padat dan menepati suara akar umbi terutamanya dlm situasi gentir UMNO berhadapan dgn penerimaan rakyat ketika ini. Malah paling gentir ialah penerimaan rakyat secara khususnya di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Aai dlm prk nnti.. Perubahan utama dalam erti kata sebenarnya ialah dari segi saf kepimpinan yang mantap dan situasi berkenaan secara jelas menampakkan sinar baru kepada UMNO. Ucpan tahniah kepada saf kepimpinan tertinggi UMNO yang berjaya dalam PAU terutamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dinobatkan sebagai Timbalan Presiden, manakala Naib Presiden UMNO terutamanya juga bos aku, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien. Sayap penting dalam UMNO yg diterajui Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Datuk Rosnah dihara...

Salam Maulidur Rasul

Image
Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Mengasihani, salam dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W; Pada 09 Mac 2009, bertempat di Dewan Suarah Kapit, Sarawak, umat Islam di Kapit menyambut sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah/ 2009. Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit menghantar kontigen pembarisan bagi menyambut maulidur Rasul bertemakan "WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH" Sambutan Maulidur Rasul disambut dengan serba meriah dan SMK Kapit juga tidak ketinggalan membuat persiapan bagi sambutan tersebut. Ajk Sepanduk telah bertungkus lumus menyiapkan sepanduk bagi maulidur rasul tahun ini yang dianggotai Sham, Mat, Hafiz, Hatisam, Iwa, Zu selain aku sendiri. Akhirnya sepanduk kami telah memperolehi tempat kedua keseluruhan dan ini merupakan satu kejayaan yang amat baik dan memberi rangsangan kepada kami untuk terus melaksanakan kerja dengan sebaik mungkin Bagi pembarisan, kontigen SMK Kapit memperolehi tempat ketiga pembarisan dan ini juga membukitkan kerjasama diantara r...

Persoalan PPSMI di Jawab - FAQ (Frequently Asked Question)

Image
1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) ? Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar. Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam bidang teknikal 2. Kenapa perlu kuasai sains dan matematik ? Kerana sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang-bidang sains, teknologi, maklumat, kejuruteraan dan lain-lain. Pemahaman sains dan matematik akan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti). 3. Kenapa mesti bahasa inggeris ? Kerana 100% bahan rujukan untuk bidang-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dgn memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkan pemahaman kpd konsep dan fundamentals yang terdapat dalam bahan-bahan rujukan ini sekaligus dapat menguasai bidang tersebut. 4. Kenapa tak boleh gunakan BM da...

Pilihanraya Kuala Terengganu; Sejarah bakal berulang

Image
IANYA MERCU KEAGUNGAN KEKUFURAN "Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan bertembung dengan kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) , yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan’- Surah al-Jumaah: ayat 7-8. Seperti pepatah Melayu, “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”… Susulan kematian Allahyarham Y.B Razali Ismail, MP Kuala Terengganu pada 28 nov, konflik politik Malaysia kini seolah2 menjadi semakin ‘hangat’ selepas ‘kendurnya’ isu tentang ‘rampasan kuasa’ atau pembentukan kerajaan baru (barua) drp Pakatan Rakyat pd 16 sept lalu yang akhirnya menjadi fantasi. Moga Allahyarham mendapat kemuliaan disisi Allah S.W.T dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. Pembohongan ayahde anwar Ibrahime n e geng selama ini 0r omong-omong kosong 16 sept telah mengamitkan persoalan yang nyata iaitu, adakah ayahde a...

Pemikiran politik belia alaf baru!

Image
POLITIKING BELIA YANG KIAN LESU Benarkah polemik politik tanah air tidak membawa apa-apa pengertian kepada golongan muda atau belia? Satu persoalan yang harus dirungkaikan oleh semua pihak bagi yang peka terhadap perkembangan tersebut. Golongan muda di negara ini boleh diklasifikasikan golongan yang berumur 10 hingga 24 tahun. Statistik di negara ini menunjukkan bahawa golongan tersebut mewakili satu pertiga daripada jumlah penduduk di negara ini yang kini mencecah 26.6 juta orang. Ia memberi gambaran yang jelas tentang kekurangan bakal politikus di negara kita memandangkan golongan berkenaan berperanan besar terhadap pembangunan negara kelak. Tidak ramai yang memperkatakan tentang kelesuan politik remaja di negara ini dan dilihat seakan-akan tidak mengambil kisah tentang fasa semasa. Bagaimana kita boleh menyatakan timbal balas daripada kelesuan tersebut? Buktinya terarah dari mana? Perkara yang boleh mendatangkan kerisauan dikalangan pemimpin politik tanah air ialah susulan...