Posts

Showing posts from March, 2009

Salam Maulidur Rasul

Image
Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Mengasihani, salam dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W; Pada 09 Mac 2009, bertempat di Dewan Suarah Kapit, Sarawak, umat Islam di Kapit menyambut sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah/ 2009. Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit menghantar kontigen pembarisan bagi menyambut maulidur Rasul bertemakan "WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH" Sambutan Maulidur Rasul disambut dengan serba meriah dan SMK Kapit juga tidak ketinggalan membuat persiapan bagi sambutan tersebut. Ajk Sepanduk telah bertungkus lumus menyiapkan sepanduk bagi maulidur rasul tahun ini yang dianggotai Sham, Mat, Hafiz, Hatisam, Iwa, Zu selain aku sendiri. Akhirnya sepanduk kami telah memperolehi tempat kedua keseluruhan dan ini merupakan satu kejayaan yang amat baik dan memberi rangsangan kepada kami untuk terus melaksanakan kerja dengan sebaik mungkin Bagi pembarisan, kontigen SMK Kapit memperolehi tempat ketiga pembarisan dan ini juga membukitkan kerjasama diantara r

Persoalan PPSMI di Jawab - FAQ (Frequently Asked Question)

Image
1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) ? Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar. Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam bidang teknikal 2. Kenapa perlu kuasai sains dan matematik ? Kerana sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang-bidang sains, teknologi, maklumat, kejuruteraan dan lain-lain. Pemahaman sains dan matematik akan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti). 3. Kenapa mesti bahasa inggeris ? Kerana 100% bahan rujukan untuk bidang-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dgn memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkan pemahaman kpd konsep dan fundamentals yang terdapat dalam bahan-bahan rujukan ini sekaligus dapat menguasai bidang tersebut. 4. Kenapa tak boleh gunakan BM da