melayuslim.blogspot.com

Sunday, October 18, 2009

Semoga Berjaya

Jika di Semenanjung, ramai yg membuat jamuan utk Depavali.. tetapi di Kapit ini, pelajar2 ting 3F membuat jamuan perpisahan kelas.. Sepanjang tahun 2009, telatah pelajar2 3F amat bermakna buat kami semua guru terutamanya aku sebagai Guru Kelas.. Kami menyambut jamuan tersebt di rumah Kevin Gon yg juga merangkap ketua kelas tingkatan 3F.. walaupun ramai yg x dtg disebabkan oleh faktor2 yg x dpt dielakkan.. tetapi mrk tetap dihati kami masing2...terima kasih buat Kevin dan kamu semua...moga dapat kejayaan yg cemerlang nnti..

3 Famous
ABDUL KADIR BIN MOHD AMIN
ADLER GURANTO ANAK RAIYON
AGAS ANAK NYABONG
ALMOND INDANG ANAK GARE
ANDREW ASUT ANAK LINGGA
ASMAUDIN BIN SABLI
BANGKONG ANAK NERAMPOH
BATISTUTA MIYUT ANAK BASIL
BENNY BIN BRUNO
BUNDAN ANAK EMPATI
CHRISTINA ANAK IJAU
CONNIE ANAK JERRY
DENNIS ANAK LAYAU
DOMINIC LENGGI ANAK DAVID ANDAN
FARDYLA ERRA ANAK JOS
GARCIA ANAK DINGGAI
IAN ALLEH ANAK LAWRENCE
IMRAN BIN HARUN
JEFFRY ANAK JAMBAI
JEFFRY KEMARAU ANAK BELAJA
JOHANNES ANAK BANYANG
KELLY IDAI ANAK PETER
KEVIN GON ANAK KASO
LHORINA LAING ANAK SIPANG
LIANA ANAK ABUS
MAIREN ANAK ASSANG
MARTHIDA SAWAI ANAK TAWONG
MELIANA BINTI JEMALI
MERTYA TIRI
MORREN ANAK DEYLYME
NICHOLAS RUMPANG AK GENDANG
NORHAZLIN BINTI JOHARI
PRANITA SOFIA ANAK LINGGIE
RISNA BINTI HARRIS
SELIA ANAK DINGGAI
ZULKIFLI BIN SADUN
Gambar-Gambar kenangan

Liana (penolong) dan Kevin (Ketua) memotong kek bersama guru kelas 3F

Kek Perpisahan 3F

Sebahagian pelajar lelaki 3F

Sebahagian Pelajar perempuan 3F
Hidup SMK Kapit!!!

taqie.bloGSpot.Ganu

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maap zhir n Batin
Semoga RahmatNya sentiasa disisi orang-orang yang bertaqwa


taqie.bloGSpot.Ganu

Wednesday, May 06, 2009

Bab kurap bangsa pun haprak

Khas untuk bangsa MELAYU

Segan tak malu,
Kecut tak mahu,
Kelu tak tahu,
Hidup tak tentu...

Dipandang jauh ditenung tidak
Didekat kurap, dijauh pula haprak
Harapkan tidak pandang pun tidak
Hunus keris tak tahu tempat.

Untuk apa kenapa tidak
Bangsa asing ludah dihina kelak
Hidup merempat tiada tempat
Biar sesat asal selamat.

Segan tak malu,
Kecut tak mahu,
Kelu tak tahu,
Hidup tak tentu...


Melawan pun tidak
Peduli apa bangsa haprak
Bangsa dihina tanpa sebab
Lidah kelu tak terjawab

Bangsa bab anjing kurap
Dihina diludah siapa lantak
Tak sedih tak pun gasak
Jiwa karat maki sekerat-kerat

Untuk apa sedih tanpa sebab
Hidup ini ada had
Untuk apa menangis tanpa harap
Hidup ini bagaikan nak rak

Kasihan lah bangsa mu itu,
Siapa celik entah siapa peduli
Segan tak malu,
Kecut tak mahu,
Kelu tak tahu,
Hidup tak tentu...
Mahu tidak mahu...
itu lah MELAYU.

muhammad taqiyuddin ahmad
30 Dis 2008
10.04pm

taqie.bloGSpot.Ganu

Saturday, April 11, 2009

Minda Melayu tidak Jumuk!

PERTUALANG MELAYU
Melayu itu kaya dengan falsafahnya, lenggok bahasa bak bangsawan dan adat lambang kejituan bangsa Melayu. Apalah kiranya ungkapan ‘Melayu Itu Satu’ bergema di bumi Nusantara ini dalam mempertahankan hak dan maruah diri sebagai orang Melayu. Nyahkah diri daripada sikap jumuk dalam membuat penilaian dan pentakrifan bahwasanya orang Melayu itu kelompok kelas ketiga. Apakan tidaknya, bila mana bangsa lain cuba ‘cas keting’ terhadap kepimpinan Melayu, maka bergetar gigil seluruh badan ketakutan takhala dihendik bangsa lain. Terus layu lenggok badanya yang tidak terdaya menahan tomahan dan hendikan dari bangsa lain. Apa jadi? Mati akalnya, terkubur jiwanya...
Maruah orang-orang Melayu hanya dibawah naungan UMNO. Terkuburnya UMNO, maka tidak ada lagi ungkapan “Hidup Melayu!!!”. Jika kelompok Melayu ‘penderhaka’ diangkat menjadi ketua, satu petanda sial yang menanti yakni kemusnahan maruah Melayu. Hidup mati Melayu bergantung kepada UMNO. Menjadi kemestian orang-orang Melayu untuk mempertahankan jati diri Melayu melalui sokongan padu daripada orang-orang Melayu sendiri. Orang-orang Melayu harus berhati-hati dengan ‘sentimen kemesraan’ dari bangsa laen yang selalui diakhiri dengan kecelakaan bagi orang-orang Melayu. Mereka cuba untuk merungkai seberapa banyak kebengapan orang Melayu melalui sifat ‘kemesraan terlampau’ yang ditujukan khas kepada orang Melayu yang mati jiwa dan akalnya!

Dari Bintang ke Tanjung Kandir,
Ramai pedagang bermain pakau,
Dihadapan mulutnya manis,
Dalam diam menanam ranjau.

Pemimpin-pemimpin Melayu terdahulu serta sekarang menjadi ikon kepada perjuangan orang-orang Melayu, kini mahupun akan datang. Jasa dan pengorbanan pemimpin Melayu kita tidak akan dilupakan, malah menjadi satu inspirasi kepada orang-orang Melayu. Ironisnya, pejuang-pejuang bangsa ini akan terus ditaati dan dihormati akan jasa dan pengorbananya yang memperjuangkan maruah agama, bangsa dan negara.

Tajam tubuh si buah gading,
Hendaklah ikat bersama tali,
Hancur luluh tulang dan daging,
Namun kulupa tidak sekali.

Pemimpin seperti Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad diiktiraf sebagai seorang pahlawan ‘Melayu Moden’ yang banyak berjasa serta kental jiwanya. Tun cekal akan keyakinannya untuk melaksanakan keputusan-keputusan tepat berdasarkan pengamatan rasionalnya didalam urusan pentadbirannya. Tun tidak terhegih-hegih mendapat nama diluar negara melalui ‘kemesraan terlampau’ dengan bangsa kafir yang memang terkenal sifat jahatnya. Bagi sesetengah individu yang bermata kesyaitanan, bagi mencapai cita-cita untuk menjadi PM, dye sanggup untuk ‘bersekedudukan’ dengan bangsa kafir lain yang ada kuasa dan kedudukan dalam mencapai hasrat jahatnya itu. Padalah, terang-terang pemimpin-pemimpin kuasa dunia itu terkenal dgn sifat menindas dan membunuh masyarakat Islam dunia. Memerah kudrat bangsa yang lemah dan IMF digunakan untuk ‘memperkayakan’ lagi harta dunia, disebaliknya mereka menwar-warkan bahawa ini program kemasyarakatan sosial. Kelompok-kelompok inilah yang menjadi rujukan dan tempat bergantung kepada individu yang menggilai pangkat PM itu!

Tapi mengapa kita masih dikelompok mati akal dan buta hati dalam membuat pernilaian? Jangan lah kita diumpamakan, “Sudah terhantuk, baru ternganga”.. Kesedaran terhadap bangsa bukan hanya kagum dengan pembohongannya. Ucapannya berapi-api dan penuh kebencian dihemburkan di pentas-pentas ceramah, sengaja untuk membakar jiwa orang-orang yang lemah akalnya. ‘Api’ sememangnya sinonim dengan neraka jahanam, seharusnya tidak menjadi ‘kiblat’ kepada orang-orang Melayu dalam perjuangan kehidupan mereka. Bagi orang-orang Melayu tulen, mereka hanya ‘berkiblatkan’ kepada ‘Kesetian @ loyalty’ dalam perjuangan kehidupan. Tidak pernah menyokong individu yang mempunyai masalah moraliti yang jelek lagi teruk untuk diangkat sebagai pemimpin bangsa! “Sudah terang lagi bersuluh..!!!” Dye seharusnya ditolak kerana sikap biadap terhadap bangsanya sendiri, perintis kepada pemberontakan dan menanam kebencian terhadap Raja dan Sultan dikalangan orang-orang Melayu sendiri. Cukuplah dengan kealpaan kita dalam membuat pernilaian kusut secara terus menerus terhadap kepimpinan Kerajaan Persekutuan sekarang ini.

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak terus komited terhadap tugasnya disaat-saat ekonomi dunia gentir yang cukup lemah ketika ini. Ahli-ahli kabinet baru yang diumumkan oleh PM pada 09 April 2009 sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa beliau bertekad untuk bekerja kuat tanpa rasa was-was dan takut dibayangi oleh individu yang mempunyai masalah moraliti seperti ‘si dye’ itu..Bagi individu yang mempunyai masalah moraliti seperti ‘si dye’ itu, dye hanya sibuk untuk berpolitik dan cuba membuat ‘rampasan kuasa’ melalui janji-janji manis dan pembohongan. Padahal, situasi gentir dunia ketika ini secara terus menerus memberi peluang kepada dye untuk terus meracuni pemikiran agar bangsa Melayu terus kacau bilau dan bergaduh sesama sendiri. Siapa tok dalangnya jika bukan dye lah yang bercita-cita untuk menjadi PM padahal dye hanya layak mendampingi kelompok-kelompok sama SPESIS DAN SAMA JENIS dengannya!

Tolak individu yang moralitinya teruk!

taqie.bloGSpot.Ganu

Sunday, April 05, 2009

UMNO menampakkan taringnya!


SELAMAT KEMBALI TUN DR MAHATHIR DAN ISTERI UMNO

PERJUANGAN BELUM SELESAI!

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, dalam ucapan penangguhan Perhimpunan UMNO ke 59; “Kita tidak mahu pemimpin yang mahu membawa perubahan, tetapi pemimpin yang boleh buat perubahan”...

Ucapan yang padat dan menepati suara akar umbi terutamanya dlm situasi gentir UMNO berhadapan dgn penerimaan rakyat ketika ini. Malah paling gentir ialah penerimaan rakyat secara khususnya di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Aai dlm prk nnti..

Perubahan utama dalam erti kata sebenarnya ialah dari segi saf kepimpinan yang mantap dan situasi berkenaan secara jelas menampakkan sinar baru kepada UMNO. Ucpan tahniah kepada saf kepimpinan tertinggi UMNO yang berjaya dalam PAU terutamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dinobatkan sebagai Timbalan Presiden, manakala Naib Presiden UMNO terutamanya juga bos aku, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien. Sayap penting dalam UMNO yg diterajui Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Datuk Rosnah diharap boleh membuat perubahan yang mantap dalam memperkukuhkan parti UMNO. Walaupun Datuk Mukhriz Mahathir tidak berjaya dalam kedudukan Ketua Pemuda, namun ucapan tahniah kepada Datuk yang mengekalkan imej bersih daripda sebarang masalah moraliti mahupun rasuah. Syabas Datuk!!!! Datuk Razali Ibrahim yang dinobatkan sebagai Naib Ketua Pemuda dilhat sbg backup kpd pemuda dan menjadi nadi utama kepada perubahan yg dinamik dlm barisan saf pemuda baru.


Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan bahawa beliau seorang yg amat menyayangi UMNO dan perkara tersebut dapat diterjemahkan melalui kedatangan beliau ke perhimpunan agong UMNO sesi 2009. Kehadiran beliau juga diterjemakan sebagai satu kesetiaan kepada parti dimana Tun bersetuju untuk kembali kepada UMNO setelah syarat-syarat yang diucapkan Tun sebelum ini tertunai. Kehadiran Tun dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali merupakan satu harapan baru dan membawa sinar kepada parti UMNO. Jelas, kemasukan Tun Dr Mahathir dan isteri semula kedalam UMNO dilihat sebagai satu daripada 'perubahan' yg dimahukan oleh akar umbi terutamanya selepas Datuk Seri Najib dilantik sebagai Perdana Menteri ke-6. Inilah yg diharapkan oleh ahli-ahli UMNO, BERANI BERUBAH!

Kepada Pak Lah, selamat bersara dan terima kasih kerana melepaskan jawatan kepada Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak. Sesungguhnya sebagaimana kata-kata Datuk Seri Najib bahawa susah bagi sesiapa yang mahu letak jawatan terutamanya sebagai Perdana Menteri. Namun Pak Lah seolah-olah sedar dengan tindak tanduknya akan terus menghancurkan UMNO jika kekal lama dalam jawatan, secara rasmi menyerah jawatan dalam keadaan suasana yang sungguh indah yang disaksikanoleh mantan presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sesungguhnya juga, kedatangan Tun dan sikap terbuka Pak Lah melalui pertemuan indah diatas pentas di Dewan Perhimpunan PWTC menjadi saksi dan bukti keuntuhan kesetian Pak Lah terhadap bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad. Terima Kasih Pak Lah. Di sudut hati, agak sedih dan sayu setelah mendengar ucapan Pak Lah bahawa beliau mahu bersara dengan ketenangan dan tanpa sebarang ketegangan, namun disudut hati sepanjang tempoh 5 tahun menjadi PM, banyak perkara2 yang dibawa oleh pak lah menjdi celaru dan tidak baik. Itu realitinya...

TAHNIAH DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK
taqie.bloGSpot.Ganu

Tuesday, March 10, 2009

Salam Maulidur Rasul

Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Mengasihani, salam dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W;

Pada 09 Mac 2009, bertempat di Dewan Suarah Kapit, Sarawak, umat Islam di Kapit menyambut sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah/ 2009. Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit menghantar kontigen pembarisan bagi menyambut maulidur Rasul bertemakan "WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH"

Sambutan Maulidur Rasul disambut dengan serba meriah dan SMK Kapit juga tidak ketinggalan membuat persiapan bagi sambutan tersebut. Ajk Sepanduk telah bertungkus lumus menyiapkan sepanduk bagi maulidur rasul tahun ini yang dianggotai Sham, Mat, Hafiz, Hatisam, Iwa, Zu selain aku sendiri.
Akhirnya sepanduk kami telah memperolehi tempat kedua keseluruhan dan ini merupakan satu kejayaan yang amat baik dan memberi rangsangan kepada kami untuk terus melaksanakan kerja dengan sebaik mungkin

Bagi pembarisan, kontigen SMK Kapit memperolehi tempat ketiga pembarisan dan ini juga membukitkan kerjasama diantara rakan-rakan guru serta pelajar-pelajar yang telah bersama-sama sepanjang sambutan tersebut. Moga keharmonian warga Islam di SMK Kapit berkekalan dan erat sentiasa..amin

taqie.bloGSpot.Ganu

Sunday, March 08, 2009

Persoalan PPSMI di Jawab - FAQ (Frequently Asked Question)


1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) ?

Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar.

Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam bidang teknikal

2. Kenapa perlu kuasai sains dan matematik ?

Kerana sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang-bidang sains, teknologi, maklumat, kejuruteraan dan lain-lain. Pemahaman sains dan matematik akan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti).

3. Kenapa mesti bahasa inggeris ?

Kerana 100% bahan rujukan untuk bidang-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dgn memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkan pemahaman kpd konsep dan fundamentals yang terdapat dalam bahan-bahan rujukan ini sekaligus dapat menguasai bidang tersebut.

4. Kenapa tak boleh gunakan BM dalam subjek sains dan matematik ?

BM sudah digunakan sekian lama. Malah sehingga kini BM masih digunakan dalam kedua-dua subjek ini (secara dwi-bahasa). Masalah yang berlaku adalah semasa di peringkat tinggi (universiti), oleh kerana bahan rujukan adalah dalam BI, ianya menyukarkan pelajar utk memahami konsep dan teori asas dalam bidang yang dirujuk. Ia memerlukan masa utk pelajar tersebut memahamkan terma-terma tertentu... Ini boleh menjejaskan pemahaman keseluruhan yang mana akan membawa kegagalan dalam menguasai konsep dan asas bidang-bidang tersebut. Akhirnya pelajar tadi hanya akan belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan semata-mata untuk segulung ijazah dan bukannya untuk menguasai ilmu tersebut.

5. Kenapa perlu kuasai sains dan tekonologi ?

Sehingga kini, umat islam yang merupakan umat terbesar di dunia hanyalah umat pengguna. Kita hanya menjadi pengguna. Kita tidak menjadi pencipta. Yang menjadi pencipta adalah bangsa lain dan agama lain. Oleh kerana kita adalah pengguna, kita amat bergantung kpd bangsa barat dan yahudi dalam segala-galanya. Ini menjadikan kita begitu lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Malah untuk memboikot barangan US pun kita tidak mampu kerana kita tiada alternatif lain selain daripada bergantung kpd barangan mereka.

Untuk menjadi pencipta, kita perlu kuasai sains dan tekonologi.Bukan sahaja lulus dalam ujian...tetapi perlu kuasa ilmu tersebut. Apabila kita (umat islam) menjadi pencipta, maka bangsa barat dan yahudi tidak akan berani menindas dan menghina umat islam. Ini kerana kita jauh lebih kehadapan dalam teknologi. Malah kita akan dihormati. Kejadian di Palestine juga tidak akan berlaku sekiranya kita adalah umat pencipta dan pengeluar teknologi.

6. Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dgn bahasa mereka ?

Mrk tak perlu PPSMI untuk berjaya. Negara-negara diatas adalah juga negara-negara yg menjadi pelopor kpd tekonologi. Mereka telah meneroka bidang sains dan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu malah semenjak sebelum revolusi teknologi lagi. Jepun misalnya, telah meneroka bidang sains dan teknologi sebelum perang dunia lagi. Mereka juga pergi ke barat utk belajar dan pulang dan membuat penterjemahan ke bahasa mereka dan terus membuat kajian sendiri. Sebagai contoh, semasa penemuan teknologi transistor oleh Bell Labs, beberapa engineer dari Jepun (Sony) telah mendapatkan (membeli) transistor itu dari Bell Labs dan membuat kajian sendiri untuk mengubah material yang digunakan. Ianya membawa kepada beberapa revision terhadap material yang digunakan didalam transistor yang membawa kpd penghasilan transistor radio (walkman).

Penterjemahan yang dibuat oleh mereka adalah pada ketika revolusi teknologi belum berlaku lagi. Usaha-usaha dan kajian yang mereka lakukan telah bermula sejak berzaman-zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi.

Dimana Malaysia ketika itu ? Malaysia masih belum wujud lagi.

7. Kenapa kita tidak buat penterjemahan ke BM sahaja ?
Proses penterjemahan sekiranya hendak dilakukan sekarang, memerlukan banyak sumber kewangan, kakitangan, masa dan prasarana lain yang mana kelihatan agak mustahil. Ini kerana perkembangan sains dan teknologi pada zaman ini amat pantas. Ianya bergerak setiap saat. Setiap saat, ada sahaja penemuan teori-terori yang baru.

Seperti jawapan no. 6, negara-negara spt Jepun dan lain-lain telah mula mengkaji dan membuat penterjemahan semasa perkembangan teknologi bergerak perlahan (sebelum zaman revolusi lagi).

Sebagai contoh, Untuk memahami konsep asas transistor yg berasaskan silicon, kita perlu memahami konsep fizik silicon transistor tersebut. Oleh itu, sekiranya hendak membuat penterjemahan, kita perlu menterjemah buku-buku konsep asas fizik dalam semiconductor yang mempunyai pelbagai konsep yang kompleks. Perkataan-perkataan baru dalam BM perlu diwujudkan. Kesemuanya ini memakan masa dan masa yang menjadi penghalang kpd kita. Ini kerana, apabila kita membuat penterjemahan asas fizik utk silicon based semiconductor ini, org-org barat dan penyelidik lain telah pun mencari alternatif kepada silicon. Ini kerana saiz untuk silicon based transistor telah hampir ke saiz atom dan ianya telah mempunyai banyak kekangan. Maka kini wujudlah teori-teori baru seperti CNT (carbon nano-tube) based transistor untuk menggantikan silicon. Malah kajian juga telah dibuat terhadap RNA dan DNA based semiconductor.

Dimana kita ? Kita masih lagi membuat penterjemahan asas fizik untuk silicon based semiconductor. Selepas kita siap penterjemahan...pihak barat telah pergi jauh di hadapan dgn teknologi yang baru.Kita pula perlu membuat penterjemahan untuk tekonologi yang baru ini. Ini hanyalah mengenai satu konsep yang kecil dalam bidang kejuruteraan elektronik. Bagaimana dgn bidang-bidang lain, konsep-konsep yang lain ?
Maka, kita akan sentiasa berada di belakang teknologi...kerana kita sibuk dengan penterjemahan. Kalau kita berada di belakang tekonologi, bagaimana kita mahu mencipta tekonologi yang baru ?

8. Tidak sukarkah bagi kanak-kanak kecil untuk belajar sains dan matematik dalam BI ?

Sebenarnya, kanak-kanak kecil akan mudah memahami dan mudah mengadaptasi pembelajaran mereka. Sebab itu ianya penting untuk bermula semasa mereka masih kecil. Kanak-kanak kecil sekiranya sejak dari darjah satu didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam BI, akan mudah memahaminya walaupun mereka tidak pandai berbahasa inggeris dan tidak pernah menggunakan bahasa inggeris.

Anak-anak kecil yg berumur 6 tahun berbangsa melayu yang mengikut keluarga ke United Kingdom terbukti boleh berjaya memahami sains dan matematik dalam BI. Anak-anak kecil ini berumur 6 tahun. Mereka tidak pernah berbahasa inggeris. Ibu bapa mereka juga tidak pernah menggunakan bahasa inggeris dirumah. Tetapi, meraka masuk ke darjah satu di sekolah-sekolah di UK, belajar sains dan matematik dalam BI dan mereka boleh menjadi pelajar cemerlang dalam kelas masing-masing. Mereka berada dalam satu kumpulan bersama pelajar yang cemerlang dan sering memperolehi `reward’ diatas kecemerlangan mereka. Mereka membuktikan bahawa, walaupun tidak didedahkan dengan bahasa inggeris dan tidak tahu berbahasa inggeris... mereka boleh menguasai dan berjaya. Kenapa ? kerana kanak-kanak kecil mudah untuk menerima dan memahami apa yang diajar kepada mereka.

9. Tidak bolehkah BM menjadi bahasa sains dan teknologi ?

Boleh. BM boleh menjadi bahasa sains dan teknologi apabila kita sudah menguasai teknologi tersebut. Apabila kita telah faham dan kuasai sesuatu bidang teknologi, maka kita mampu menjadi pencipta dan penghasil teknologi yang baru. Kita akan berada di hadapan teknologi. Pada masa itu, kita pula menggunakan BM dalam teknologi-teknologi baru yang kita hasillkan.

Maka, pada ketika itu, bangsa-bangsa lain, bangsa barat perlu mempelajari BM untuk menguasai dan mempelajari teknologi yang kita hasilkan. Hasilnya, BM akan menjadi bahasa teknologi, akan menjadi bahasa yang universal dan terkenal di seluruh dunia. Yang penting, kita perlu kuasai teknologi yang telah dihasilkan dahulu yang kini dikuasai oleh bahasa inggeris.

10. Bolehkah dasar ini mencapai matlamatnya ?
Boleh. Sekiranya semua pihak berusaha sedaya upaya dalam memastikan kejayaan dasar ini. Semua pihak perlu berganding bahu menjayakannya. Semua pihak perlu membuang sikap prejudis, membuang kacamata politik dalam melihat dan memahami dasar ini. Apabila sikap prejudis di ubah, maka kita akan akui matlamat dan objektif dasar ini yang murni. Kita perlu bekerja keras.
Segala usaha, perancangan, prasarana perlu diperhebatkan agar matlamat dan objektif yang murni ini tercapai. Semua kita bertanggungjawab dalam memastikan satu hari nanti, bangsa kita, agama islam bakal menjadi pencipta, pengeluar dan rujukan bangsa-bangsa lain di dunia. InsyaAllah.
* Persoalan tentang PPSMI ini telah diambil di laman web chewal.blogspot.com

taqie.bloGSpot.Ganu