Pemikiran politik belia alaf baru!
POLITIKING BELIA YANG KIAN LESU Benarkah polemik politik tanah air tidak membawa apa-apa pengertian kepada golongan muda atau belia? Satu persoalan yang harus dirungkaikan oleh semua pihak bagi yang peka terhadap perkembangan tersebut. Golongan muda di negara ini boleh diklasifikasikan golongan yang berumur 10 hingga 24 tahun. Statistik di negara ini menunjukkan bahawa golongan tersebut mewakili satu pertiga daripada jumlah penduduk di negara ini yang kini mencecah 26.6 juta orang. Ia memberi gambaran yang jelas tentang kekurangan bakal politikus di negara kita memandangkan golongan berkenaan berperanan besar terhadap pembangunan negara kelak. Tidak ramai yang memperkatakan tentang kelesuan politik remaja di negara ini dan dilihat seakan-akan tidak mengambil kisah tentang fasa semasa. Bagaimana kita boleh menyatakan timbal balas daripada kelesuan tersebut? Buktinya terarah dari mana? Perkara yang boleh mendatangkan kerisauan dikalangan pemimpin politik tanah air ialah susulan...