Pemikiran politik belia alaf baru!


POLITIKING BELIA YANG KIAN LESU

Benarkah polemik politik tanah air tidak membawa apa-apa pengertian kepada golongan muda atau belia? Satu persoalan yang harus dirungkaikan oleh semua pihak bagi yang peka terhadap perkembangan tersebut. Golongan muda di negara ini boleh diklasifikasikan golongan yang berumur 10 hingga 24 tahun. Statistik di negara ini menunjukkan bahawa golongan tersebut mewakili satu pertiga daripada jumlah penduduk di negara ini yang kini mencecah 26.6 juta orang. Ia memberi gambaran yang jelas tentang kekurangan bakal politikus di negara kita memandangkan golongan berkenaan berperanan besar terhadap pembangunan negara kelak. Tidak ramai yang memperkatakan tentang kelesuan politik remaja di negara ini dan dilihat seakan-akan tidak mengambil kisah tentang fasa semasa.

Bagaimana kita boleh menyatakan timbal balas daripada kelesuan tersebut? Buktinya terarah dari mana? Perkara yang boleh mendatangkan kerisauan dikalangan pemimpin politik tanah air ialah susulan pendedahan dahulu oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman iaitu 1.5 juta rakyat yang tidak mendaftar sebagai pemilih yang rata-ratanya golongan pemuda. Satu penyataan yang menarik dan boleh dikongsi bersama iaitu ramai kaum bumiputera dan Melayu didapati yang tidak berdaftar sebagai pemilih. Satu persoalan yang timbul daripada situasi berkenaan, adakah bangsa lain terutamanya dikalangan belia Cina peka terhadap situasi politiking negara? Berbalik kepada sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini, individu yang mencapai umur 21 tahun dari tarikh dan bulan kelahirannya secara sahnya boleh mengundi sekiranya berdaftar dengan SPR. Jika diambil kira statistik 2006, menunjukkan bahawa golongan yang berusia 20 hingga 24 tahun berjumlah kira-kira 2.4 juta orang. Di mana silapnya pencaturan politik di Malaysia terutamanya parti-parti politik yang didominasi oleh orang Melayu dan bumiputera.?

Kelesuan politik dikalangan orang muda dapat dirungkaikan melalui ketidak pekaan terhadap isu-isu dan perkembangan semasa yang mampu mengerakkan minda ke arah yang lebih mantap. Jika ditanya mengenai isu-isu Wilayah Pembangunan Ekonomi, Program Angkasawan, Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, Bajet 2009, Audit Tahunan Negara, dan malahan Kepimpinan negara akan memungkinkan jawapan yang benar dan tepat dikalangan mereka. Jangan terkejut jika diajukan pertanyaan tersebut kepada segelintir penuntut universiti, ramai yang tidak tahu tentang portfolio Menteri dalam jemaah menteri ketika ini. Ketidak pekaan mereka terhadap isu-isu global yang menyentuh hak-hak rakyat telah membatasi pemikiran mereka. Memetik kata-kata daripada Allayarham Prof Dato Dr Syed Hussien Al-Attas, “Kita tidak boleh menghadkan penglibatan kita kepada satu tamadun atau satu zaman sahaja” (2006). Jika ditelusi kata-kata tersebut, masyarakat akan mundur jika masih dilingkungi oleh institusi kejumukan. Jika diteliti dan diolah, rata-rata golongan muda tersebut lebih mengutamakan perkara-perkara yang remeh seperti lagu apa yang boleh dikongsi melalui bluetooth telefon bimbit!.

Justeru, negara tidak mampu untuk menghasilkan insan yang berjiwa matang dan polemis. Keadaan tersebut amat merisaukan dan jika perkara tersebut berlarutan, bangsa kita akan dinoktahkan sebagai bangsa yang jumuk. Satu asas yang harus di nilai oleh semua pihak iaitu ‘Politik yang matang melahirkan bangsa yang luhur!’

Ayuh Belia, mulakan sekarang!
taqie.bloGSpot.Ganu

Popular posts from this blog

Engkabang Edisi 43

Semoga Berjaya