Posts

Showing posts from February, 2011

Salam Pengakap

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Gembira melihat ramai ahli-ahli Pengakap SMK Kapit yang datang menyertai Aktiviti Pengakap Bulanan di Kem Engkabang, SMK Kapit pada 26 Februari 2011. Ucapan tahniah kepada semua ahli Pengakap yang hadir. Namun disudut hati, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan Majlis Pemimpin Pengaka p SMK Kapit saudara Hafis Mohd Dom, Mohd Faizal Zainal Abidin, Mohd Fadzli Samsuddin, Azhar Rusdi dan Pesuruhjaya Pengakap Kapit, En. Morgan Indam yang turut menjayakan aktiviti tersebut. Bukan senang untuk memastikan ahli-ahli Pengakap bergiat aktif, namun dengan ada semangat dan usaha yang jitu diantara ahli Pengakap, maka tiada sebab untuk menyatakan Pengakap tidak bergiat aktif. Moga Pengakap S MK Kapit Bergerak Maju.. Guru-guru Pemimpin Pengakap SMK Kapit Bergambar kenangan sebelum aktiviti selesai Buat Sehabis Baik...!!! taqie.bloGSpot.Ganu
Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Salam 1Malaysia… S udah lama tidak ‘memperhambakan’ diri dalam dunia bl ogger… emmm, sesuatu yang pasti akan memberi impak kepada gaya penulisan.. tiada sebab kukuh untuk ‘join’ dunia blogger ini melainkan menyampaikan segala pandangan melalui kacamata sendiri. Namun keyakinan tebal dalam diri bahawa setiap pandangan individu itu bergantung kepada gaya dan batasan sosial latar belakang keluarganya. Apabila membanding beza soal pemahaman atau pandangan seseorang itu dengan kehidupan berkeluarga, setiap individu jelas mempunyai kognetif yang berbeza. Sebagai contoh, cara berfikir atau pemahaman seorang individu yang berlatar belakang ibu bapanya berpendidikan jelas membuktikan terdapat perbezaan dia ntara individu yang berlatar belakang keluarga atau ibu bapa yang tiada pendidikan. Tafsiran begitu dinilai yang dilihat tidak masuk akal.. namun jika ada kajian yang lebih terperinci mengenainya, ia boleh merungkai seberapa banyak kecelaru

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kapit 2011

Image
SMK KAPIT Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia Syukur kehadrat Ilahi, sambutan Maulidur Rasul 2011 dapat dijalankan dengan keadaan baik dan berjalan lancar. SMK Kapit menghantar kontinjen yang segak dan bergaya dengan mengenakan pakaian seragam batik yang ditempah khas. Selang beberapa hari sebelum sambutan, AJK Sambutan Maulidur Rasul SMK Kapit bertungkus lumus menyiapkan banner dengan harapan agar banner yang dibuat dapat meninggalkan kenangan indah suatu hari nanti. Kami mengharapkan kemenangan..! insyallah ... Alhamdulilah.. SMK Kapit Johan Pertandingan Sepanduk dan Johan Kontinjen Terbaik Maulidur Rasul Bahagian Kapit 2011.. Syukur kehadrat Allah S.W.T diatas kurniaanNya... Namun disudut hati ini, timbul rasa kesyukuran kehadrat Ilah i melalui kekuatan emosi, kami dapat menyiapkan banner dengan penuh bangga dan amat cantik bagi kami. Segala kekusutan dalam segala permasalahan dapat diatasi melalui kerjasama yang baik sesama kami. Semoga dengan sambutan ini, maka kekuatan nilai ikh