Majlis Perkahwinan Kak Serah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana limpah kurnianya. Salam dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W; moga diberkati hidup kami sekeluarga di dunia dan akhirat… amin.

19 Mac 2011, adik yang kedua, Nusrah Alifah Ahmad selamat diijab Kabul dengan pasangannya Hasrul Faridz di rumah kami sekeluarga di Kg. Bukit Kecil, Setiu, Terengganu.

Kak Serah merupakan anak Cikgu Ahmad Bebakar dan Wan Mazidah Hj Abdul Rahman dan adik beradik yang pertama berkahwin. Kami adik beradik Muhammad Taqiyuddin Ahmad, Muhammad Baihaqiey Ahmad, Qamar Ainiah Ahmad, Ikhwan Abdul Qadir Ahmad, dan Anis Fathiyah Ahmad mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga dikekalkan hidup bahagia sehingga ke akhir hayat.. amin

Sanak saudara Wan Yah binti Kadir juga rata-rata pulang memeriahkan majlis perkahwinan dan semoga ikatan ukhwan sesama sanak saudara berkekalan sehingga keahir hayat…amin. “Air yang dicincang tidak akan putus”.. begitulah pepatah yang harus dipegang oleh semua keluarga..

Semoga hidup bahagia selalu..

taqie.bloGSpot.Ganu

Comments

Popular posts from this blog

Engkabang Edisi 43

Semoga Berjaya