melayuslim.blogspot.com

Sunday, February 28, 2010

Selamat Pengantin Baru!!

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)” Surah Al-hujurat, ayat 13

Saiful Azhar kawan serumah aku selamat diijab kabul di Masjid Al-Jabbar Kapit pada 25 Februari 2010 jam 2.40 petang. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, pasangan Saiful dan Ema telah memulakan kehidupan baru setelah bergelar suami isteri yang sah. Sesi photography diadakan sekitar Kg. Baru dan Pangau Danau Kapit sesudah selesainya majlis akad nikah. Pada sebelah malam pula, majlis kesyukuran dan jamuan diadakan di Restoran Mahligai Hotel. Ramai rakan-rakan guru datang serta jiran-jiran terdekat umah.. Moga perkahwinan Saiful dan Ema mendapat keberkatan oleh Allah S.W.T dan bahagia keakhir hayat.. amin

TAHNIAH! :-)

taqie.bloGSpot.Ganu

0 Comments:

Post a Comment

<< Home