Daulat Tuanku



Menjunjung Duli Setinggi-Tinggi Tahniah Tuanku


Perasaan bangga tidak dapat digambarkan dgn wajah sebagai rakyat Terengganu Darul Iman apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-13 pada 13 Disember 2006. Menjunjung Duli Setinggi-Tinggi Tahniah kepada Yang Di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin diatas perlantikan Tuanku sebagai Yang Di-Pertuan Agong baru bagi Malaysia. Pertabalan Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai Yang Di-Pertuan Agong menjadi kesenimbungan pemerintahan dahulu drp kesultanan Melayu Terengganu yg merupakan datuk Sultan Mizan Zainal Abidin, Al-Marhum Tuanku Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin yg menjadi Yang Di-Pertuan Agong ke-4.

Sebagai rakyat Malaysia dan juga bangsa Melayu, perasaan bangga dan sayu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Sultan Perlis yg memegang tampuk perintahan selama 5 tahun dan kesedihan tersebut dapat digambarkan dgn kejayaan yg cemerlang daripada Tuanku sepanjang pemerintahan baginda. Semoga dgn peninggalan pemerintahan Tuanku, rakyat Malaysia terus menikmati kemakmuran berpanjangan dgn keizinan Allah. S.W.T.

Yang Di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin amat disayangi oleh semua rakyat Terengganu Darul Iman. Hubungan dekat diantara Institusi Kesultanan Melayu Terengganu terjalin sekian lama sehingga kini dan ia dapat diihat dgn titah baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah,
“sungguhpun daripada segi fizikal Beta jauh, tetapi hilang di mata dihati jangan dan hakikatnya Beta akan sentiasa tetap berada dalam lubuk sanubari rakyat Terengganu Darul Iman”. Perasaan sedih menyelubungi Istana Maziah dengan titah Yang Di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin yang jelas menunjukkan kesedihan yg amat bermakna diantara Yang Di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin dgn rakyat Terengganu. Kami, sebagai rakyat Terengganu Darul Iman akan taat setia kepada Institusi Kesultanan Melayu Terengganu serta keturunan Diraja Yang Di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin dan akan mempertahankan kedaulatan Diraja sehingga ketitisan darah kami. Tahniah juga diatas perlantikan Putera Makhota Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dimasyurkan sebagai Putera Makhota Terengganu yg dididik dan diasuh supaya Tengku mewarisi kepimpinan ayahda Tengku yg mesra rakyat.

DAULAT TUANKU

taqie.bloGSpot.Ganu

Comments

Popular posts from this blog

Jejak kasih astro

student upc...emmm rasa cam x hebat!

Dunia PLF