Melayu


WARDAH PERJUNGAN BANGSA MELAYU
Mengikut falsafah masyarakat Jepun, The best is yet to come adalah formula yang telah diterap dan diguna pakai sehingga mereka melahirkan bangsa yang paling maju di dunia kini. Konsep tersebut harus menjadi asas kepada kekuatan dalam membina bangsa Melayu yang kukuh untuk menghadapi situasi meritokrasi iaitu siapa yang the best, mereka akan disanjungi. Masyarakat Melayu harus keluar dari kepompong dan institusi kejumukan bagi menyaingi bangsa yang terdekat dan lingkungannya. Kita tidak boleh menghadkan perhatian kita hanya pada satu tamadun atau zaman sahaja. (Dr Syed Hussein Alattas, 2006).
Kita harus menerima cabaran yang sentiasa mendatang dan yang juga berubah-ubah. Ia sesuai dengan ucapan Dr Mahathir Mohamad “Malaysia pada asasnya adalah sebuah negara yang pragmatik. Kita tidak mempunyai ideologi. Kita sanggup menerima apa juga sistem, apa sahaja pendekatan yang akan menguntungkan Malaysia. Pada satu ketika dulu kita benar-benar benci komunis, tapi tidak ada gunanya mengutuk mereka, kerana mereka bukan lagi komunis”. Jika bangsa Melayu masih lagi tidak sedar dengan apa yang berlaku ketika ini dan tidak bersedia menerima apa-apa perubahan, maka kita sebenarnya telah ketinggalan. Satu agenda penting bangsa Melayu yang harus dicapai ialah Wawasan 2020 yang didasarkan pada 28 Februari 1991. Ramai yang melihat perkara tersebut sebagai agenda semua bangsa di negara ini, realiti sebenarnya tidak kerana kegagalan kita membina negara maju menjelang 2020 sebenarnya telah menonjolkan kegagalan kepimpinan Melayu. Itu tidak mungkin berlaku sekiranya kita berganding bahu mempertahankan dan menyokong kepimpinan kini. Orang-orang Melayu harus mempertahankan hak dan ketuanan politik Melayu, melalui platform tersebut kita bukan sahaja dapat mempertahankan bangsa Melayu malah dapat melindungi hak semua bangsa lain yang hidup harmoni di negara kita sejak sekian lama. Jika kuasa politik itu dirompak atau dicuri daripada orang Melayu, pasti negara ini kacau-bilau. (Dr Syed Hussein Alattas, 2006).

Bagi memastikan setiap dasar dan agenda daripada kepimpinan Melayu dilaksanakan sebaik mungkin, kita harus berjuang dengan seadanya sebagaimana dengan firman Allah s.w.t “mereka berjuang bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela” (Al-Maidah, 54). Perjuangan Belum Selesai, satu kata-kata keramat yang harus menjadi pegangan kepada semua orang-orang Melayu. Kita harus mengambil kata-kata tersebut sebagai falsafah kepada bangsa Melayu sebagaimana masyarakat Jepun yang mempunyai falsafah The Best is yet to come. Kepatuhan kepada pemimpin merupakan sesuatu yang dituntut dalam agama lebih-lebih lagi apabila sesuatu perintah yang membawa kebaikan untuk semua.
Dalam buku Kesultanan Melayu Melaka tulisan Muhammad Yusoff Hashim, ”seperti kata Parsi: Ar’yat Juna Bakhsanat Sultan Khasad, yakni rakyat itu umpana akar, yang raja itu umpama pohon, jika tiada akar, nescaya pohon tiada akan dapat berdiri demikian lagi raja itu dengan segala rakyatnya”. Justeru, kepatuhan kepada pemimpin harus menjadi cabaran kepada orang-orang Melayu yang terdedah dengan elemen hasutan dan benci membenci sebagai wardah perjuangan yang belum selesai.

Keris Melayu Warisan Kita,
Lambang Ketuanan Bangsa Mulia,
Bersatu Hati Teguh Bersetia,
Hidup UMNO Maruah Terbela.

taqie.bloGSpot.Ganu

Popular posts from this blog

Jejak kasih astro

student upc...emmm rasa cam x hebat!

Dunia PLF