SMK Dr Burhanuddin, Taiping




Sekolah Menengah Kebangsaan Dr Burhanuddin dlm ingatan!

Menurut Prof Syed Muhamad Al-Naqiub, “ilmu membawa erti kepada kebenaran yang tiba ke dalam rohani manusia”. Dimana manusia mendapat ilmu? Persoalan timbul berikutan sumber ilmu adalah pelbagai. Ilmu juga boleh diperolehi di kelab-kelab malam, rumah-rumah urut, mendalami sihir dan perkara-perkara yg terlarang. Dalam konteks dunia kini, ilmu diperolehi di sekolah-sekolah atau tempat pengajian tinggi. Mendapat ilmu di rumah tok guru yang mengajar al-Quran juga adalah menuntut ilmu, namun ilmu dewasa kini lebih terarah mendapat ilmu di sekolah yang lebih formal.

Menuntut ilmu di sekolah bagi aku sebagai seorang guru pelatih di Sekolah Menengah Kebangsaan Dr Burhanuddin, Taiping amat bermakna. Pengalaman mendapat ilmu iaitu bagaimana kaedah mengajar yg berkesan didalami oleh aku daripada guru-guru di SMKDB. Mereka bukan sahaja guru kepada pelajar-pelajar SMKDB, namun kepada aku dan guru-guru pelatih. Diucapkan terima kasih kepada semua guru terutamanya Pn Intan Azlina Abdullah, penyelia petang, Pn Rohani Md Tan sebagai guru pembimbing Geografi aku serta para guru yg tidak segan dan kuat semangat dalam memberi tunjuk ajar dalam semua lapangan ilmu. Guru-guru pelatih yg amat setia, Cgu Faiza Deraman, Cgu Saupi Samingan dan Cgu Norfadzli Rahim, pegalaman bersama anda telah membuka minda aku sebagai bangsa yg mencintai ilmu. “Kita tidak boleh menghadkan penglibatan kita kepada satu tamudun atau satu zaman shaj”. Kata-kata daripada Allahyarham Prof Dato Dr Syed Hussien Al-Attas (2006) menuntut semua insan agar memanfaatkan kehidupan dengan mendapatkan ilmu yg berguna bg duniawi dan akhirat.

Pelajar-Pelajar SMKDB juga, anda begitu hebat! Sesuatu yang baik untuk dinyatakan bahawa mereka semua adalah sporting dan baik. Banyak juga aktiviti-aktiviti yg dijalankan secara tidak formal dgn pelajar-pelajar yg rapat seperti berbuka puasa dan masih ramai yg tidak berpeluang berbuka bersama kerana faktor masa. Namun, semoga Allah merahmati anda sebagai insan yg teristimewa. Kelas aku mengajar iaitu 107, 109, 106 dan 209 di samping kelas 201 dan 103 juga bekas kelas aku mengajar. Moga pengenalan kita membawa erti yg mendalam suatu hari nanti.

Cayok...cayok...smkdb!

taqie.bloGSpot.Ganu

Popular posts from this blog

Jejak kasih astro

student upc...emmm rasa cam x hebat!

Dunia PLF