Education 4 all

HAD PENGAMBILAN PELAJAR UNIVERSITI

Senyuman manis tampak gigi
Ayu menawan cantik berseri
Nilai ilmu sebatikan diri
Mahasiswa pencorak Universiti


Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bertanggungjawab melaksanakan kaji selidik mengenai tahap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di mana dapatan datanya telah dikeluarkan bagi tantapan umum. Pengumuman bahawa Universiti Malaya (UM) selaku universiti tertua di negara ini pada tahun lepas yang mendapat taraf 4 bintang yang tertinggal di belakang Universiti Sains Malaysia (USM) yang mendapat 5 bintang amat memberangsangkan. Walau bagaimanapun, didapati tiada satu pun 17 IPTA yang mempunyai tahap terbilang dan bertaraf pendidikan dunia ketika ini. Satu perbandingan yang nyatakan berlaku kira-kira tiga tahun lepas di mana kaji selidik The Time Higher Education (THE) yang meletakkan UM ditangga 169 berbanding 89 dunia pada tahun sebelumnya diantara 20 000 univeristi di seluruh dunia.
Ramai yang memperkatakan tentang kedudukan UM semakin tercorot. Kedudukan sebenar UM ketika itu telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak yang memikirkan mereka pejuang sebenar UM sehingga menyebabkan mantan Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Hashim Yaacob mengeluarkan kenyataan bahawa kajian THE tersebut bukan menjadi ukuran dan penilaian terhadap universiti berkenaan. Dapatan kajian oleh MQA dilihat tidak bersifat emosianal apabila ramai yang menerimanya secara terbuka status IPTA di negara ini berbanding kajian yang dikeluarkan oleh THE pada tahun 2005.

Sebagaimana kenyataan bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed bahawa kementeriannya berusaha untuk mencapai status universiti terbilang dan bertaraf dunia mengikut pelan jangka panjang. Setelah mencapai kemerdekaan ke-50 tahun, rakyat Malaysia boleh berbangga dengan status angkasawan negara, namun tidak kepada IPTA. Bagi menjayakan matlamat universiti terbilang, usaha berterusan bukan sahaja oleh pihak universiti dan kerajaan, malahan penuntut univerisiti. Kerajaan wajar menghadkan pengambilan pelajar di universiti awam bagi memastikan mutunya dapat dikekalkan.
Tidak ada gunanya jika ramai yang berpeluang melanjut pelajaran di universiti, sedangkan tiada nilai yang diperolehi. Kredibiliti IPTA wajar dijaga dengan seadanya dan ada perkara yang harus diberi pertimbangan rasional atau sebaliknya. Rata-rata penuntut di univerisiti kini tidak mempunyai kelayakan sebagai penuntut IPTA. Ramai berpeluang masuk ke universiti sekadar mendapat keputusan yang boleh dibanggakan dan kiranya bernasib baik. Namun ada insan yang tidak berpeluang menjadi penuntut universiti yang sebenarnya merupakan pelajar cemerlang di sekolah, tetapi tidak bernasib baik kerana mendapat keputusan yang kurang baik dan masalah keluarga. Ia tidak adil kepada pelajar yang benar-benar berpotensi berbanding pelajar yang bernasib baik menghafal apa yang di skornya dan dapat menjawab dengan baik di dalam peperiksaan.

Justeru, tidak hairanlah jika segelintir penuntut di universiti ketika ini tidak peka terhadap akademik dan malahan menjadi ‘pak turut’ menentang pihak pentadbiran universiti dan kerajaan. Golongan-golongan inilah yang mencemar nama baik universiti. Bagi mengekalkan kredibiliti universiti awam, pengambilan pelajar akan datang wajar dihadkan melalui sistem meritokrasi. Bagi yang tidak berpeluang ke IPTA, negara ini masih lagi mempunyai 27 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diluluskan oleh kerajaan di mana boleh digunakan sebagai platform mencari ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Education 4 all

taqie.bloGSpot.Ganu

Popular posts from this blog

Jejak kasih astro

student upc...emmm rasa cam x hebat!

Dunia PLF