Posts

Showing posts from April, 2009

Minda Melayu tidak Jumuk!

Image
PERTUALANG MELAYU Melayu itu kaya dengan falsafahnya, lenggok bahasa bak bangsawan dan adat lambang kejituan bangsa Melayu. Apalah kiranya ungkapan ‘Melayu Itu Satu’ bergema di bumi Nusantara ini dalam mempertahankan hak dan maruah diri sebagai orang Melayu. Nyahkah d iri daripada sikap jumuk dalam membuat penilaian dan pentakrifan bahwasanya orang Melayu itu kelompok kelas ketiga. Apakan tidaknya, bila mana bangsa lain cuba ‘cas keting’ terhadap kepimpinan Melayu, maka bergetar gigil seluruh badan ketakutan takhala dihendik bangsa lain. Terus layu lenggok badanya yang tidak terdaya menahan tomahan dan hendikan dari bangsa lain. Apa jadi? Mati akalnya, terkubur jiwanya... Maruah orang-orang Melayu hanya dibawah naungan UMNO. Terkuburnya UMNO, maka tidak ada lagi ungkapan “Hidup Melayu!!!”. Jika kelompok Melayu ‘penderhaka’ diangkat menjadi ketua, satu petanda sial yang menanti yakni kemusnahan maruah Melayu. Hidup mati Melayu bergantung kepada UMNO. Menjadi kemestian orang-orang Mel...

UMNO menampakkan taringnya!

Image
SELAMAT KEMBALI TUN DR MAHATHIR DAN ISTERI UMNO PERJUANGAN BELUM SELESAI! Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, dalam ucapan penangguhan Perhimpunan UMNO ke 59; “Kita tidak mahu pemimpin yang mahu membawa perubahan, tetapi pemimpin yang boleh buat perubahan”... Ucapan yang padat dan menepati suara akar umbi terutamanya dlm situasi gentir UMNO berhadapan dgn penerimaan rakyat ketika ini. Malah paling gentir ialah penerimaan rakyat secara khususnya di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Aai dlm prk nnti.. Perubahan utama dalam erti kata sebenarnya ialah dari segi saf kepimpinan yang mantap dan situasi berkenaan secara jelas menampakkan sinar baru kepada UMNO. Ucpan tahniah kepada saf kepimpinan tertinggi UMNO yang berjaya dalam PAU terutamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dinobatkan sebagai Timbalan Presiden, manakala Naib Presiden UMNO terutamanya juga bos aku, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien. Sayap penting dalam UMNO yg diterajui Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Datuk Rosnah dihara...