UMNO menampakkan taringnya!


SELAMAT KEMBALI TUN DR MAHATHIR DAN ISTERI UMNO

PERJUANGAN BELUM SELESAI!

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, dalam ucapan penangguhan Perhimpunan UMNO ke 59; “Kita tidak mahu pemimpin yang mahu membawa perubahan, tetapi pemimpin yang boleh buat perubahan”...

Ucapan yang padat dan menepati suara akar umbi terutamanya dlm situasi gentir UMNO berhadapan dgn penerimaan rakyat ketika ini. Malah paling gentir ialah penerimaan rakyat secara khususnya di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Aai dlm prk nnti..

Perubahan utama dalam erti kata sebenarnya ialah dari segi saf kepimpinan yang mantap dan situasi berkenaan secara jelas menampakkan sinar baru kepada UMNO. Ucpan tahniah kepada saf kepimpinan tertinggi UMNO yang berjaya dalam PAU terutamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dinobatkan sebagai Timbalan Presiden, manakala Naib Presiden UMNO terutamanya juga bos aku, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien. Sayap penting dalam UMNO yg diterajui Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Datuk Rosnah diharap boleh membuat perubahan yang mantap dalam memperkukuhkan parti UMNO. Walaupun Datuk Mukhriz Mahathir tidak berjaya dalam kedudukan Ketua Pemuda, namun ucapan tahniah kepada Datuk yang mengekalkan imej bersih daripda sebarang masalah moraliti mahupun rasuah. Syabas Datuk!!!! Datuk Razali Ibrahim yang dinobatkan sebagai Naib Ketua Pemuda dilhat sbg backup kpd pemuda dan menjadi nadi utama kepada perubahan yg dinamik dlm barisan saf pemuda baru.


Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan bahawa beliau seorang yg amat menyayangi UMNO dan perkara tersebut dapat diterjemahkan melalui kedatangan beliau ke perhimpunan agong UMNO sesi 2009. Kehadiran beliau juga diterjemakan sebagai satu kesetiaan kepada parti dimana Tun bersetuju untuk kembali kepada UMNO setelah syarat-syarat yang diucapkan Tun sebelum ini tertunai. Kehadiran Tun dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali merupakan satu harapan baru dan membawa sinar kepada parti UMNO. Jelas, kemasukan Tun Dr Mahathir dan isteri semula kedalam UMNO dilihat sebagai satu daripada 'perubahan' yg dimahukan oleh akar umbi terutamanya selepas Datuk Seri Najib dilantik sebagai Perdana Menteri ke-6. Inilah yg diharapkan oleh ahli-ahli UMNO, BERANI BERUBAH!

Kepada Pak Lah, selamat bersara dan terima kasih kerana melepaskan jawatan kepada Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak. Sesungguhnya sebagaimana kata-kata Datuk Seri Najib bahawa susah bagi sesiapa yang mahu letak jawatan terutamanya sebagai Perdana Menteri. Namun Pak Lah seolah-olah sedar dengan tindak tanduknya akan terus menghancurkan UMNO jika kekal lama dalam jawatan, secara rasmi menyerah jawatan dalam keadaan suasana yang sungguh indah yang disaksikanoleh mantan presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sesungguhnya juga, kedatangan Tun dan sikap terbuka Pak Lah melalui pertemuan indah diatas pentas di Dewan Perhimpunan PWTC menjadi saksi dan bukti keuntuhan kesetian Pak Lah terhadap bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad. Terima Kasih Pak Lah. Di sudut hati, agak sedih dan sayu setelah mendengar ucapan Pak Lah bahawa beliau mahu bersara dengan ketenangan dan tanpa sebarang ketegangan, namun disudut hati sepanjang tempoh 5 tahun menjadi PM, banyak perkara2 yang dibawa oleh pak lah menjdi celaru dan tidak baik. Itu realitinya...

TAHNIAH DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK
taqie.bloGSpot.Ganu

Comments

slyderrose said…
betul tu najib kita mahu pemimpin yb bolih buat perubahan. inilah yg saya dengar dari dulu lagi. tapi akhirnya semuanya hanya untuk memancing undi semata-mata. Reotorik kosong untuk mengambil hati penykong dan pengundi.

kalau najib betul-betul bolih buat peribahan mulakanlah dengan diri sendiri dulu. Semua tuduhan perlu diuruskan secara jujur dan ikhlas. Jangan gunakan AG atau polis untuk kepentingan diri. Mulakan saman ke atas suratkhabar luar negara yg mengeluarkan artikel pasal altantuya. Buatlah perubahan sekarang. Now!

Popular posts from this blog

Jejak kasih astro

student upc...emmm rasa cam x hebat!

Dunia PLF