Bab kurap bangsa pun haprak
Segan tak malu,
Kecut tak mahu,
Kelu tak tahu,
Hidup tak tentu...
Dipandang jauh ditenung tidak
Didekat kurap, dijauh pula haprak
Harapkan tidak pandang pun tidak
Hunus keris tak tahu tempat.
Untuk apa kenapa tidak
Bangsa asing ludah dihina kelak
Hidup merempat tiada tempat
Biar sesat asal selamat.
Segan tak malu,
Kecut tak mahu,
Kelu tak tahu,
Hidup tak tentu...
Melawan pun tidak
Peduli apa bangsa haprak
Bangsa dihina tanpa sebab
Lidah kelu tak terjawab
Bangsa bab anjing kurap
Dihina diludah siapa lantak
Tak sedih tak pun gasak
Jiwa karat maki sekerat-kerat
Untuk apa sedih tanpa sebab
Hidup ini ada had
Untuk apa menangis tanpa harap
Hidup ini bagaikan nak rak
Kasihan lah bangsa mu itu,
Siapa celik entah siapa peduli
Segan tak malu,
Kecut tak mahu,
Kelu tak tahu,
Hidup tak tentu...
Mahu tidak mahu...
itu lah MELAYU.
muhammad taqiyuddin ahmad
30 Dis 2008
10.04pm
taqie.bloGSpot.Ganu
Comments
ok teruskn pjuangan dptkn blk 30% yg dah terlepas tu dan pulau2, bukit2 , tanah2 yg dah terlepas tu...