Ekuiti Bumiputera, persoalannya?

RASIONAL DAN SENSITIF
BUDAYA MALAYSIA

Apa yg tak kena dgn ekuiti bumiputera 18.9%? Persoalan yg dibangkitkan oleh Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik yg menyatakan bhw sesuatu tidak kena dgn angka 18.9%. Semenjak tahun 1970 dimana Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan bagi menyelaraskan hak kesamarataan kekayaan serta meningkatkan taraf masyarakat bumiputera khususnya masyarakat Melayu, tidak berlaku peningkatan yang setara dgn kehendak kerajaan berdasarkan perlaksanaanya. Namun, sebagai menteri kabinet, gesaan Dr Lim agar Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan kerajaan mendedahkan metodologi penentuan peratusan ekuiti Bumiputera dilihat tidak rasional sebagai menteri.

Kenyataan tersebut mendedahkan diri beliau tidak peka terhadap semangat perpaduan Barisan Nasional dalam hal-hal yg sensitif. Gesaan tersebut juga dilihat sebagai sesuatu berbentuk perkauman dimana sebelum ini Presiden Gerakan membuat gesaan kepada masyarakat Malaysia supaya tidak bersifat Opurtunis. Jadi, sebagai menteri dan ketua parti yang menjaga kepentingan minoriti kaum cina, siapa yang bersikat opurtunis? Sememangnya kita sentiasa melaung-laungkan semangat perpaduan nasional, kenapa harus kita bersikap hipokrit. Jika pemimpin parti sendiri yg lantang dan tidak rasional, bgmana dasar yg ditetap bersama demi kepentingan rakyat Malaysia dapat dilaksanakan dan ada keberkesananya?.

Moga2 selepas ini tidak ada isu2 yg membangkitkan ketidak puashatian masyarakat diucap dari pemimpin tertinggi parti. Teguran PM Abdullah dan DS Najib wajar menjadi titik nokhtah kpd semua pemimpin parti dan rakyat di negara ini daripada mengeluarkan kenyataan yg tidak releven terhadap perpaduan sosio-budaya Malaysia.

Comments

Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
MelayuSLim said…
sy berbesar hati krn saudara memberi komentar terhadap ekuiti walaupun saudara bersandarkan kpd nama K'. Sy tdk hipokrit dlm menyatakan pendapat sy terutama dlm era keterbukaan ini. sy juga tidk menafikan hak bersuara oleh Dr Lim. Namun, selaku beliau menteri dalm kerjaan pimpinan PM Datuk Seri Abdullah, beliau seharusnya menyatakan pendirian beliau dan parti melalui saluran kabinet. Isu tersebut adalah sensitif dan walaupun Datuk Seri Abdullah mengalu2 keterbukaan, tp ada had. Jika tidak kenapa PM sendiri menasihati rakyatnya supaya tdk mengeluarkan kenyataan bersifat sensitif. Ini kerana Malaysia mahu kekalkan toleransi. Tolerasi merupakan aset utama kpd kemajuan negara. jika pemimpin sendiri bersifat opurtunis, bgmana nk membina semangat muhibah dikalangan rakyat?

p/s: namun, segala pandangan saudara adalah hak dan pendapat saudara dan ia tidak ada sebarang kaitan dgn saya.

Popular posts from this blog

Engkabang Edisi 43

Semoga Berjaya