melayuslim.blogspot.com

Wednesday, February 03, 2010

Pemimpin Pengakap


UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
2. Pengakap adalah seorang yang kepada Yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya, Ibubapanya, majikannya dan orang-orang dibawahnya.
3. Pengakap adalah waijip menjadikan dirinya berguna, dan menolong orang pada setiap masa.
4. Pengakap adalah sahabat kepada sekelian orang dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkay dan ugamanya sekalipun.
5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi perkertinya dan sentiasa berbudi.
6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.
7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibubapanya, Ketua Patrolnya atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan.
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam masa kesusahan.
9. Pengakap adalah jimat dan cermat.
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.


Unit beruniform SMK Kapit pada tahun ini semakin bergerak maju bagi memastikan objektif tercapai sebagaimana yang diwarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Penyelaras baru Cikgu Sulaimi Abu Bakar yang masih meneruskan legasi yang ditinggal oleh Cikgu Mohd Hisam Mohd Hussain berusaha bagi memantapkan badan unit beruniform SMK Kapit.. Pemimpin pengakap akan terus berusaha untuk memastikan segala ilmu dicurahkan sepenuhnya kepada ahli-ahlinya berdasarkan undang-undang pengakap.


"Buat Sehabis Baik"

taqie.bloGSpot.Ganu

0 Comments:

Post a Comment

<< Home